BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 16, 2011

Proses kejadian Tsunami

Dunia telah digemparkan berita tentang bencana Tsunami dan gempa bumi di Jepun.Malah,sampai ke hari ini masih bercerita tentang bencana tsunami di Jepun.

Bencana Tsunami di Jepun disebabkan gempa bumi yang berukuran 8.9 skala ritcher.

Jepun bukan sahaja mengalami gempa bumi dan Tsunami.Malah mengalami kebocoran
bahan radiasi dari loji nuklear Fukushima.

Tiupan angin di Jepun menyebabkan bahan radiasi ini tersebar ke Amerika Utara.
kita semua sudah tahu bahawa bahan radiasi ini sungguh berbahaya kepada
kesihatan manusia dan mungkin akan mendapat anak yang cacat apabila mereka dilahirkan

Kita hanya tahu sahaja pasal Tsunami.tapi tidak tahu macam mana prosesnya
berlaku.

meh aku nak kongsi sedikit ilmu.

  1. Tsunami berlaku disebabkan gempa bumi di dasar laut,letusan gunung berapi di dasar laut dan hentaman meteor di laut.

2. Yang paling popular berlaku adalah disebabkan gempa bumi di dasar laut.

3. Gelombang Tsunami dapat merambat ke semua arah. ( kalo gempa bumi berlaku kat tengah-tengah lautan hindi.gelombang akan merambat ke semua negara seperti Malaysia,Indonesia, Sri lanka, dan India.

4. Proses gempa bumi dan tsunami boleh lihat gambar di bawah



5 . Tsunami dapat merambat dengan kecepatan 500 - 1000 km per jam di laut dalam ( laju kan ? ) setara dengan kecepatan kapal terbang.

6. Ketinggian tsunami di laut hanya 1 meter ( kapal di tengah laut tak dapat merasa gelombang yang kuat ini.)

7. Ketinggian Tsunami meningkat hingga puluhan meter apabila menghampiri pantai.(macam tinggi pokok kelapa.)

8. Hentaman Tsunami boleh mencapai puluhan kilo meter dari gigi pantai. (s0 bila berlaku Tsunami cepat-cepat lari.Jangan jadi seperti di Aceh.leka melihat ombak besar sampai ke pantai.

WHY???

Kenapa Tsunami pada tahun 2004 di Acheh dan negara serantau lebih ramai yang terkorban daripada Tsunami di Jepun pada thun 2011?

Ini adalah jawapan aku..tak de kene mengena ngan sape-sape

1. Pertama kali berlaku tsunami di Lautan Hindi.malah penduduk Asia tak jangka pon akan berlaku Tsunami di lautan Hindi berbanding di Jepun yang sering berlaku Tsunami.

2. Penduduk Aceh kebanyakkanya nelayan , dan rumah mereka kebanyakkan di tepi pantai.Di Acheh sahaja bilangan korban menghampiri 127420.Manakala Jepun bilangan korban buat masa sekarang adalah 1 ribu lebih

3. Teknologi moden di Acheh lebih rendah berbanding di Jepun.

4. Jepun mahu pon negara lain sudah mengambil iktibar daripada bencana Tsunami di Aceh agar berjaga-jaga apabila berlaku gempa bumi di dasar laut.

5. Maksiat banyak berlaku dan ia adlah amaran dari Allah S.W.T.

SO, dengan kesempatan ini aku ingin mengucapkan takziah kepada rakyat Jepun dimana keluarganya yang telah terkorban dalam bencana Tsunami ini

Hope , Malaysia djauhkan dengan bala bencana ini.AMIN...

sebelum tuh, aku ingin mengakhiri entry aku dengan video Tsunami di Aceh dan Jepun
jom kita jadikannya sebagai pengajaran.


video Tsunami di Acheh

dan


di Jepun





No comments: