BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 30, 2011

Jin oh jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan
gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu
tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya
supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan
Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua
iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab
orang-orang Melayu dilarang mengunakan
kemenyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan
asap kemenyan. Beliau menambah,
orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,
sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.


6) Beliau menasihat apabila ingin buang
air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman,
Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang
lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi
cucu cicit jin!!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,
itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang
tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah wafat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang,
terutama di waktu tengah malam. Jin suka
mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga
buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak
berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.
Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah
malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali
henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk. * Kalau
rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

2 comments:

pRiNCe said...

nice...entry...:)
thnx tau datng melawat...:)

awak dah join contest cabutan bertuah kat blog sy??

dean said...

tk join pon