BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, May 28, 2011

Minggu destini siswa uitm

Assalamualaikum semua? apa khabar? rindu sangat kt blog nih..aku balik jap rumah sbb sok akk aku tunang..sekarang ni aku kat rumah lah..kt uitm tak sempat nk on9..busy cgt2...

btw..minggu destini siswa memang best..rindu nak dengar pm2 ckp..adik da makan?adik sihat?bangun2!..korunk mg best lah..sporting abes..

yang malam perkenalan pm tuh..memang gempak abis..tertipu kitaowang..rupanya gimik semata2....kuang asam punya pm..jaga korunk..haha

btw..mengenai mknn..gerai yg tengah tak sedap..beri mknn kt siswa siswi cm xiklas..xde rasa..gerai len ok..

ok


nk tgok video kita owng x..jom kita layan sama2...

njoy



barisan pm minggu destini siswa



amcm best kn..k maceh sbb sudi baca

Saturday, May 21, 2011

bz again..

Hye everyone...i will further my studies at uitm..so i will bz 4 a few days...so..i will rarely online and post the entry...surry......however,i will back soon...tata..

Wednesday, May 18, 2011

I m back!

Asslamualaikum semua..pa kabo yaw..rindu ini sama blog ngn korunk sekali..jari jemari aku nih sudah bersedia nk cmnt entry korunk..wait n see yaw..cau...

Wednesday, May 11, 2011

JPJ test


Assalamualaikum dan selamat sejahtera semua..Hari nih aku dah gerak dari rumah dalam kul 7 .30 am lebih.sebab aku ada ujian memandu JPJ.aku dapat jersi no 26.turn aku kira sesi yg kedua..mak ai..
aku pk msti dah ptg bru dpt balek.dah la sesi kedua org yg 6 terakhir lak tuh...dugaan...

tapi jpj dtg la punya lmbt.kul 9 baru nk mula..terhegeh2...cbe buat sharp ckt masa tuh...xde r orang lain sibuk mnggu lama-lama.kalo de aircond len r cte...ne da la pns..

berbalik pada cerita,turn aku dalam pkul 12 lebih cm2..mula-mula test la ujian dalam litar.mula - mula wat bukit , parking n tiga penjuru.jantung taya nk cito dah..dup dap.dup dap..dap dup dap dup.lutut pon da berketar-ketar nih..aku tengok de dak tuh wat ujian dekat bukit..taya dpn mula-mula xjejak atas garisan kuning.. kne undur balik..nseb bek pas 2 taya kete dpn dak tuh jejak ats garisan kuning..kalo x...say bye2!..de yg da angkt tgn terus..tp taya depn kete x jejak garisan kuning..terus failed...

sampai giliran aku..no 26..msuk kete dengan cool..gantung baju jersi aku kt side miror kete tuh..
n selawat bnyk2..cool izzuddin..cool..mula2 tekan pedal minyak..sal x gerak..lek...xmsuk gear 1..hahaha..bengang...hah..mek kaw..gabra cgt...cpt2 aku msuk gear 1(kaki terketar2 nk tkn clutch)hehe..n then balance minyak terus naik bukit..n stop! tarik handbreak free gear.....tgok taya depan dengan eksyen tmbah riak..suka2..taya depan kete jejak tol2 ats garisan kuning fuh

pas angkt tgn...msuk gear 1 tkn pedal minyak..lpas clucth pelan..turunkn hand break..
bedesup turun bukit cm pelesit..hahaha...pastuh leh plk tertarik hand break balik..nasib jpj tuh ngek xtw..kah2...pe lagi..slow2..turunkn handbreak...kih2...
pastuh parking belok plk..ala sng jo tuh...jp jeq aku wat...n then wat tiga penjuru..belok cm wat aksi driff..terpukaw org len tgok...kah2..poyoo..dah abes bahagian dua kt litar..
tanda tngan n then tgok lulus..hehehe..

lepas zohor.bahagian 3 buat dekat jalan raya...aku balik rumah jap...sblm tuh sempat ricky jlan A yg agak susah tuh.sebab aku test kt jln tuh 2 kali jeq la..mana xnya..banyk skolah plk tuh..
hmm..pas2 lepak2 jp kt rumah..sajeq mlmbtkn masa...rasanya balik rumah dlm pkul 12.45.ricky jp...dalam pkul 1 ptg baru smpi rumah.padahal dia bg masa rest dlm 1 jam jeq..

n then aku sampai dekat pusat memndu tuh blek..dlm pkul 2.30 ptg...tgok2 bpe ketol jeq dah tggl..aik..da kurang dah org..aku duk2 la jp..aku tgok bila dak2 nih dengan akak jpj tuh jeq msti akk tuh yg drive bwk balek ..kandas la tuh rasanya..

dak2 nih semua berdoa jeq la..xdpt ngn akak tuh..strict tuh beb,,de akak tuh cter. dia failed ngn akak jpj tuh sbb
dia terlebey ckt garisan putih kt trafik light..terus kandas..kejam x??

pastuh...sampai giliran aku...dpt ngn jpj lelaki...syukur Alhamdulliah!..msuk bagi salam..dak2 nih tgok jeq ape aku wat dlm kete..hehhee...femos sbntar..btolkn tmpt duduk..side miror...signal.
wiper..pastuh leh la plk wiper nih xnk behenti...adoi...cool2...hah..benti pon...sengih jeq ngn jpj lelaki tuh..ok...sir! are you redy to start da journey...?? yes of coz..

berdesup..tp kn..aku dpt jln A..jln yg agak pnjg..n penuh cabaran..dak2 lain dpt jln b..jln pendek n kurang cabaran..T _T..sadis tol..tape2 dugaan..mentang2 aku expert..berani kaw bg aku jalan A..huh..kah2~nasib bek da ricky jln A tuh td,..selamat...

ok la...perfect la gk..aku buat..iyeke?? nth..time aku drive aku tgok.jpj lelaki nih..cm de pangkah sumething..! oh no! what have i done! jgn la kandas! adoi..jap jeq lg dah nk tamat...sabo2! jgn kandas kn aku dulu..!!

yes2...da nk msuk simpang tempt msuk pusat memndu..yes2~! ttbe! "dik berhenti tepi tuh jap".."tandas"..hah! aku dgr kandas..blur..darah terus berderau..what have i done! oh no!!!!!
pastuh jpj laki tuh ckp...toilet la..adei...tertipu dennn...kandas n tandas?? lbh kurang same jeq kn bunyinya..ish2...n aku lulus...yes2 da de lesen kereta..ehehhe

k maceh sbb sudy baca






Saturday, May 7, 2011

rest

time tuk rest..xpost entry tuk beberapa hari...

Finger Sports ( very innovative )




Friday, May 6, 2011

Remaja di himpit kereta Misteri


Assalamualaikum semua!? sihat??...ceriakan hari anda yang muram tuh k...

berbalik kepada tajuk di atas.Siapa remaja diatas?kereta siape?adakah kereta Volkswagen di Lebuh Raya Karak ?? oh!..no2!...

ni adalah cerita benar..kawan aku iaitu Ahmad Akmal Afiq Bin Zainal yang memandu sebuah Proton Saga Aeroback telah diekori oleh sebuah proton Waja yang tidak tahu siapa pemandunya.Bunian ke??.menurut kawan aku..dia baru sahaja pulang dari tmpat kejenya di Bakri Muar Johor lebih kurang dalam pukul 3 pagi.

Semasa dalam perjalan pulang. kawan aku berasa ada sebuah kereta Proton Waja yang sedang mengekorinya dari arah belakang sebelum kereta tuh memintas keretanya.lalu menyuruhnya berhenti.mungkin nak tanya alamat kot..kot2 tersesat..tetapi kawan aku terus memecut pulang ke rumah sebab takut disamun and maybe tkut hilang teruna t.

mungkin pemilik kereta Proton waja tu berasa marah dan berang..dia mengekorinya sambil mencucuk angin
lalu melanggar bumper kereta kawan aku...kawan aku naik bukit dia naik bukit..wat drif...dia pon wat drif gk...bg high beam dia pon wat gk..k tipu..

tetiba kereta tuh ilang dalam kegelapan malam...sah kereta hantu Voklswagen kuning kat Lebuhraya Karak yang bertuko mnjd Proton Waja sampaikn leh tersesat kat Muar Johor...bercuty rasanya..k tipu lg..

rupa-rupanya kereta Proton Waja tuh telah terhumban ke dalam Parit Keliling berdekatan dengan rumah kawan aku tuh.

Proton Waja tuh dijumpai oleh ayahnya pada kesokkan pgnya pada pkul 7.30..n didapati seorang bangsa India telah terbunuh di tempat kejadian..kerana terminum air parit yang itam cmpur air indah water..k tpu..mati dsbbkn kecederaan teruk di kepala...kes ni masih lagi disiasat

nak tahu cerita lebih lanjut...g sini or g sini kat sini xde tipu2...

k maceh sbb sudi baca

Thursday, May 5, 2011

Advertising Awards

Assalamualaikum dan salam sejahtera readers semua.Jom kita layan pictures ni...enjoy...

Levis 2 in one beb.dua orang leh pakai..p/s : hanya yang slim sahaja..
kalo yang over dos..xkew nanya t
Ridsect tak kan bagi peluang kepda spider man..ahaha
memang bergaya...try r senyum cmni..kih2...semua pompuan/lelaki tergoda
maskara...hebad x??..ingt bulu mata korunk jeq blh
i dont want..................................................yes i will..hehe
bkn kew nih pakcik mcd?yeke?
hmmm..yang nih best..nyum2

Wednesday, May 4, 2011

Riwayat Osama bin Laden



DENGAN langkah penuh yakin, Presiden Barack Obama menuju ke Bilik Timur di White House, Washington untuk membuat pengumuman yang bakal mengundang reaksi berbeza daripada penduduk di seluruh dunia.

Menerusi saluran televisyen negara itu, dengan raut wajah yang serius Obama mengumumkan: “Pada malam ini, saya boleh melaporkan kepada penduduk di Amerika Syarikat (AS) dan dunia bahawa AS dalam operasinya berjaya membunuh Osama bin Laden, seorang pengganas yang bertanggungjawab membunuh ribuan orang yang tidak berdosa.

“Kematian itu merupakan satu pencapaian yang paling signifikan dalam usaha AS menentang jaringan Al-Qaeda.

“Kita juga mahu tegaskan bahawa AS tidak akan berperang menentang Islam, namun bin Laden (Osama) bukanlah seorang pemimpin Muslim sejati. Dia telah membunuh ramai orang Islam.”

Setelah kenyataan itu tersebar, ribuan rakyat AS yang membanjiri pekarangan White House bersorak kegirangan bagaikan meraikan sebuah perayaan.

Malah, dalam respons segera mantan Presiden AS, George Bush kepada stesen televisyen Al Jazeera, Bush berkata, kematian musuh ketatnya itu merupakan satu prestasi terpenting AS. Osama terbunuh dalam satu pertempuran dengan askar-askar AS di sebuah rumah agam mewah bernilai RM2.96 juta yang menjadi tempat perlindungannya dekat bandar Abbotabad, 60 kilometer dari ibu negara Pakistan, Islamabad.

Abbotabad dikatakan lokasi yang menempatkan Akademi Tentera Pakistan. Ia juga disebut sebagai salah satu lokasi pelancongan dan pusat pendidikan di negara itu.

Osama ditembak di kepala dalam satu pertempuran senjata api semasa dia dan keluarganya cuba melarikan diri daripada ditangkap dalam satu operasi melibatkan Agensi Perisikan Pusat (CIA) AS dan pasukan keselamatan Pakistan.

Beberapa orang termasuk anak-anaknya dan seorang wanita turut ditahan semasa serbuan itu dilakukan.

Bagaimanapun, tiada rakyat AS yang cedera dalam serbuan itu. Ujian asid deosirikbonukleik (DNA) mengesahkan lelaki yang terkorban itu adalah Osama.

Jenazah pemimpin Al-Qaeda, Osama yang didakwa maut dalam satu pertempuran dengan tentera AS di Abbotabad, Pakistan kini dilapor berada dalam simpanan AS.

Untuk meyakinkan penduduk dunia bahawa berita kematian pemimpin Islam itu bukan sekadar khabar angin, sebuah stesen televisyen Express TV menyiarkan secara bertalu-talu wajah Osama yang berlumuran darah.

Tanggapan AS bahawa Osama atau nama sebenarnya Osama Mohamed Awad Laden, 54, mudah ditewaskan seperti yang pernah dilakukan ke atas bekas Presiden Iraq, Saddam Hussein ternyata meleset.

Osama adalah manusia yang paling sukar diburu di dunia.

Dendam berbalas

Meskipun AS dikatakan perintis kepada kemajuan teknologi dunia, mereka gagal mengesan lokasi Osama yang dipercayai bersembunyi di kawasan permukaan bumi yang paling sukar di dunia dan dikelilingi penyokong yang setia.

Akibat terdesak, The Washington Post melaporkan, AS pernah menawarkan ganjaran sebanyak AS$50 juta (RM175 juta) kepada pemberi maklumat yang boleh membawa kepada penahanannya. Namun, hampir sedekad Osama berjaya mengelak diri daripada ditangkap.

Jika dicongak, AS sebenarnya mengambil masa hampir dua dekad sehingga bertukar tiga pemimpin iaitu dari era Bill Clinton, Bush hingga ke Obama untuk melenyapkan Osama.

Osama yang dilahirkan di Riyadh, Arab Saudi sebenarnya menjadi buruan AS sejak Disember 1992 selepas Al-Qaeda melancarkan serangan ke atas Hotel Gold Mihor di Aden, Yemen.

Sejak itu, operasi kumpulan tersebut berpindah-randah. Al-Qaeda dipercayai pernah menjadikan Albania, Algeria, Iran, Sudan, Pakistan, Afghanistan dan Bosnia Herzegovina sebagai kubu dan pusat persembunyiannya.

Menghukum AS

Kepada AS, Bosnia dianggap lokasi yang paling selamat untuk Al-Qaeda. Namun pada tahun 1999, perisik AS berjaya menghidu Osama dan pembantunya yang merupakan rakyat Tunisia yang memperoleh kerakyatan Bosnia pada tahun 1993. Namun, ia dinafikan oleh kerajaan Bosnia.

Kemuncak kepada kemarahan AS sebenarnya ialah peristiwa serangan ke atas Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York yang mengakibatkan 2,973 orang maut dan 24 disahkan hilang. Laporan Pentagon menyebut, serangan pada pagi 11 September 2001 itu dilakukan oleh 19 orang anggota Al-Qaeda yang beragama Islam.

Pada petang 11 September yang hitam itu juga, di atas timbunan runtuhan WTC, Presiden Bush berikrar untuk memerangi teroris itu hingga ke akar umbi.

Mengapakah Osama bertindak sebegitu radikal? Menerusi video berdurasi 18 minit yang disiarkan oleh TV Al-Jazeera pada tahun 2004, Osama dengan nada bersahaja berkata:

“Setelah saya melihat kemusnahan menara-menara di Lebanon, saya tiba-tiba terfikir untuk menghukum AS dengan cara sama iaitu dengan menghancurkan menara di AS, saya mahu AS merasakan apa yang dirasakan oleh mangsa-mangsa di Lebanon.”

Sementara itu, pada 23 Mei 2006, menerusi saluran yang sama, pemimpin Islam itu berterus terang: “Saya seorang yang bertanggungjawab dalam serangan itu, bukan 19 orang seperti yang disebut-sebut.”

Bermula pada saat itu juga, sentimen Islamofobia dalam kalangan warga AS semakin menjadi-jadi. Pada masa yang sama, AS terus melaksanakan diskriminasi terhadap orang Islam. Bagi persepsi Barat, Islam disekutukan dengan terorisme.

Menyorot latar belakang Osama, dia berasal daripada sebuah keluarga hartawan. Bapanya, Mohamed bin Awad bin Laden adalah seorang ahli perniagaan bertaraf bilionair dan mempunyai hubungan rapat dengan keluarga diraja Arab Saudi. Mohamed berasal dari Hadramaut, selatan Yemen dan berkahwin dengan Hamida Al-Attas, seorang wanita warga negara Syria.


Osama dilahirkan di Jeddah, Arab Saudi pada 10 Mac 1957. Ibunya, Hamida merupakan isteri Mohamed yang ke-10. Bagaimanapun, Hamida kemudian bercerai dengan Mohamed. Mengikut perkiraan, Osama adalah anak yang ke-17 daripada 50 adik-beradik.

Sejak kecil, Osama berpegang kepada ajaran Wahhabi. Beliau digambarkan sebagai seorang kanak-kanak yang berpegang teguh kepada ajaran Islam. Malah, Osama sememangnya anti-Barat. Bagaimanapun, Osama menerima pendidikan awalnya di sebuah sekolah sekular yang mengkombinasikan pendidikan British dan Islam di Jeddah iaitu Al-Thager Model School dari tahun 1968 hingga tahun 1976.

Sekitar tahun 1970-an, Osama telah pun mempunyai empat orang isteri. Isteri pertama yang dikahwininya ketika berusia 17 tahun adalah sepupunya, Najwa Ghanem. CNN melaporkan, pemimpin itu adalah bapa kepada 26 cahaya mata.

Osama kemudian melanjutkan pengajian di Universiti King Abd. Al Aziz dengan mengambil jurusan ekonomi dan pentadbiran perniagaan. Sumber lain juga menyebut, beliau mempunyai Ijazah Sarjana Muda dalam Pentadbiran Awam pada tahun 1981.

Sisi sebagai pejuang keagamaan dikatakan mula ditonjolkan secara jelas oleh Osama sejak menuntut di kampus lantaran kecenderungannya yang gemar berdebat.

Daripada mengamalkan prinsip wasatiah dalam dakwahnya, Osama yang menginjak usia 22 tahun semakin berani.

Detik itu bermula ketika beliau menyertai Abdullah Azzam. Abdullah merupakan pensyarahnya dan pengasas kumpulan militan Hamas di Palestin yang menentang pencerobohan penjajahan Soviet di Afghanistan.

Pada tahun 1984, Abdullah dan Osama menubuhkan Maktab al-Khaddamat untuk menentang penindasan AS dan Israel terhadap negara-negara Arab.

Kemarahan Osama terhadap kuasa besar itu semakin membuak-buak. Justeru, pada 20 Ogos 1988, lahirlah Al-Qaeda yang dikatakan mempunyai jaringan negara, kumpulan militan dan ratusan ribu ahli daripada pelbagai negara.

Antara kumpulan yang dikatakan mempunyai kaitan secara langsung ialah Jemaah Islamiah (JI) yang pernah diketuai oleh rakyat Malaysia, Noordin Mohd. Top.

Namun, perjuangan Osama mahu membela nasib bangsa dan agama tidak direstui dan kerakyatannya digugurkan oleh pemerintah Arab Saudi.

Keluarganya juga diminta supaya menghentikan pemberian wang secara bulanan yang keseluruhannya bernilai hampir RM20 juta setahun.

Fiksyen kematian Obama

Sementara itu, selepas kematian Osama stesen TV Pakistan mendakwa bahawa imej gambar yang memaparkan wajah Osama yang berlumuran darah adalah palsu.

“Ia adalah gambar palsu, gambar itu pernah dipaparkan di Internet pada tahun 2009,” kata Ketua Biro Islamabad TV Geo, Rana Jawad kepada AFP.

Jamaah Ansharut Tauhid (JAT) pimpinan Abu Bakar Baasyir yang membuat kenyataan di akhbar Koran Baru di Jakarta semalam menegaskan, berita kematian Osama bukan pertama kali dilaporkan.

Abu Bakar melalui jurucakapnya, Sonhadi berkata: “Kami masih menunggu pengesahan daripada Al-Qaeda sama ada benar atau tidak berita kematian tersebut.

“Kalau benar sekalipun, itu tidak akan membuat Al-Qaeda mati.”

Sememangnya itu yang menjadi tanda tanya penduduk dunia. Bahkan ramai berpendapat laporan itu cuma sandiwara yang dipentaskan oleh AS ke mata dunia.

Menyingkap semula khabar angin kematian Obama, ejen-ejen perisik Perancis melaporkan Osama telah mati pada 23 Ogos 2006.

Yang lucunya, punca kematian dipercayai akibat demam kepialu dan kegagalan buah pinggang. Berita itu diulang semula pada 4 September 2006. Menafikan laporan itu, Osama kemudian muncul di kaca TV menyatakan beliau masih hidup lagi.

Apa pun juga tanggapan, persoalannya adakah dengan kematian Osama akan menyebabkan kegiatan pengganas tidak akan wujud lagi? Apa pula yang akan dilakukan oleh proksi-proksinya?

Seperti kata Abu Bakar Baasyir dan Perdana Menteri Australia, Julia Gillard, kematian Osama tidak akan mematikan Al-Qaeda.

temubual dengan pakcik poyo tentang kambingnyer



Temubual seorang pemuda dengan pakcik gembala biri-biri.

Pemuda : Baguslah ternakan biri-biri pakcik. Boleh saya tanya beberapa
soalan tak?
Pakcik : Boleh aje...
Pemuda : Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
Pemuda : Yang putih.
Pakcik : Kalau yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap
hari.
Pemuda : Yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak plak rumput biri-biri ni makan setiap hari?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap
hari.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?
Pakcik : Yang mana, yang putih atau yang hitam?
Pemuda : Yang putih?
Pakcik : Aaa...yang putih menghasilkan sekitar enam kilo bulu setiap
tahun.
Pemuda : Dan yang hitam?
Pakcik : Yang hitam pun sama...
Pemuda : Kenapa pakcik membezakan biri-biri pakcik yg putih dgn yg
hitam,
padahal jawapan semuanya sama aje?
Pakcik : Mestilah...sebab biri-biri yang putih itu pakcik yang punye.
Pemuda : Ooo, gitu ke...abis tu yang hitam tu sapa punye?
Pakcik : Yang hitam pun sama....

DAH..DAH..KORANG PUN SAMOO..

ASYIK MENGULAR JEEE KAT DEPAN KOMPUTER..

Tuesday, May 3, 2011

suami..........o..............suami

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia..
Itu tandanya dia tak setia
Kalau suami meninggi suara
Itu tandanya dia dah ada mak we
Kalau suami mengaku bujang tua
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara
Kalau suami selera tak ada
Itu tandanya dia nak pasang dua
Kalau suami lambat balik aje
Itu tandanya dia dah syok kat setiausaha
Kalau suami tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu
Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu
Kalau suami garang macam singa
Itu tandanya hati dia dah tak cinta
Kalau suami asyik komplen aje
Itu tandanya dia dah tak suka
Kalau suami mula sepak terajang ke muka
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA...


JIKA SUAMI
Jika suami sayangkan isteri
Dapat gaji semua diberi
Jika suami sayangkan isteri
Kerja rumah rela dikongsi
Jika suami sayangkan isteri
Kereta diberi suami naik LRT
Jika suami sayangkan isteri
Duit poket diberi setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
SMS dikirim tanda rindu dihati
Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi
Jika suami sayangkan isteri
Diberi ciuman setiap pagi
Jika suami sayangkan isteri
I love U, I miss U katanya setiap hari
Jika suami sayangkan isteri
Isteri gemuk, dikatakan seksi
Jika suami sayangkan isteri
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari
Jika suami sayangkan isteri
Kemana sahaja dibawa pergi
Jika suami sayangkan isteri
Sentiasa jujur perihal diri
Jika suami sayangkan isteri
Status berkahwin bangga sekali
Jika suami sayangkan isteri
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI2 :
Adakah suami2 korang tergolong dlm kategori jika atau kalau ?
JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana rumahtangga anda umpama SYURGA.
TETAPI ....
KALAU SUAMI.... lebih banyak dari JIKA SUAMI... maka berhati-hatilah. .. wahai kaum isteri jangan sampai rumahtangga mu umpama NERAKA.

PERINGATAN KEPADA SUAMI2 :
Bukankah lebih baik jadikan rumahtangga itu SYURGA dari menjadikan ia NERAKA ?????
JANGAN ANDA MERASA MENYESAL KERANA MENCINTAI ISTERI..KERANA DIALAH BIDADARIMU DI DUNIA INI..
DAN JANGANLAH ANDA SERONOK MENZALIMINYA KERANA DOA ORANG TERANIYA DITERIMA ALLAH YANG ESA...

Monday, May 2, 2011

COOL LIZARDS

WA LIZARD PANDAI POSE AH





















Sunday, May 1, 2011

yeah dpt award...

Asslamualaikum

Aku skrg ada dekat Cheras Selangor , bandar Tun Hussein Onn. Saudara aku kahwin..dorang
buat dekat dewan..saudara aku tuh Dr.kahwin dengan enggineer..gaji pasti msyuk kn..2 sbb wat kt dalam dewan..ada ke sape2 nak bersanding dlm dewan..??hehe..

Saje nk kecoh jap aku g knduri kahwin nih...tp tujuan aku taip ntry ni adalah tuk mngucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Made Mudi kerana bg aku award..hehe...xsangka plk dia leh bg aku award..aku bru jeq folow dia..terharu jap..sambl mengesat hingus yang meleleh...sob3~

nak tgok awardnya x??ne award dia..cntikkan?hehe

Made budi ade bgtw..pass la award nih kepada kawan2 yang bertuah..agar kita dapat mnyambung2 award nih..malah dapt mengeratkn hubungan sesama blogger....msti best kan..
dapat award nih..kalo kita dpt award nih..bermakna blog kita dihargai kn..?? jom..kita pass award nih kepada semua orang..agar dorang tw..yang blog dorang dihargai dan dicop sbgai best friend kita..lx lah award nih kt side bar yer..sbagai kenangan.peace yaw...hehe..

nk ksi kt bpe2 org jeq yg selalu cmnt blog aku,kwn aku, n blog
yg mmpunyai entry yg best

sophie

klo de terlepas pndg yg top commntors tuh..suri
widget top comentators ilang...

yang xpt awrd tuh..jgn sedey k..nasib xmnyebelahi
or aku xperasan kwujudan korang..haha

tnx sbb sudi bc