BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Wednesday, March 9, 2011

Ayat Kursi


Assalammualaikum wr wbh
>
>
> SEJARAH AYAT KURSI
>
> Ayat
> ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia
> telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan
> kemuliaannya. Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu
> perintang dalam perjuangan mereka. Rasullah s. a. w. dengan segera
> memerintahkan Zaid bt sabit menulis serta menyebarkannya.
>
> Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali
> selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar
> masuk rumah atau hendak musafir, InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya
> dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan
> memudaratkan dirinya
> bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga
> akan terpelihara dengan izin Allah s. w. t.
>
> Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan
> membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya
> dengan
> berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan
> diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta
> terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah. Syeikh Abu Abbas
> ada
> menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya
> pada
> air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal
> fikirannya serta Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis Rasullullah
>
> s. a. w. bersabda bermaksud:
>
> "Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah
>
> hilangkan segala kefakiran di depan matanya."
>
> Sabda baginda lagi;
>
> "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat,
> kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya
> daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar."
>
> Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara
> Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad. Mereka yang beramal
> dengan bacaan ayat Kursi akan mendapat pertolongan serta perlindungan
> Allah daripada gangguan serta hasutan syaitan. Pengamal ayat Kursi juga,
>
> dengan izin Allah, akan terhindar daripada
> pencerobohan pencuri. Ayat
> Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat pencuri daripada memasuki
> rumah. Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan keselamatan
> ketika dalam perjalanannya. Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
>
> Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar. Jika anda
> berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama anda menduduki rumah itu
> eloklah anda membaca ayat Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda
> sekeluarga terhindar daripada gangguan lahir dan batin. Barang siapa
> membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah
> mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh.
>
>
> size=3>Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap sembahyang
> Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah hingga sembahyang yang
> lain. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak
>
> menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut, dan barang siapa
> membacanya ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia ke atas
> rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya. Barang siapa
> membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap sembahyang Fardhu, Allah
> menganugerahkan dia hati-hati orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang
> benar, pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat. Barang siapa
>
> membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya, maka Allah mengutuskan
> 70,000 Malaikat kepadanya, mereka semua memohon keampunan dan mendoakan
> baginya. Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang Allah
> azza
> wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya dan ia adalah seperti orang
> yang berperang bersama nabi Allah sehingga mati syahid. Barang siapa yang
> membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan
> memberi pertolongan kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r. a. , Rasullullah
> s. a. w. bersabda,
>
> " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."

No comments: