BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
If we are not united. treat me like the wind that can not be seen, but can feel their presence

Popular Post

Wednesday, March 30, 2011

Jin oh jin

1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan
gelarannya Azazil. Dicipta dari api
(biru), dan telah beramal puluh ribu
tahun lamanya .

2) Apabila Allah swt. memerintahkannya
supaya tunduk menghormati Nabi Adam,
mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat
dan perintah turun ke bumi. Jin
terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan
Syaitan.

3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua
iaitu Jin Islam(Soleh) dan Jin Tidak
Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun
kesemuanya jahat (tidak Islam).

4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab
orang-orang Melayu dilarang mengunakan
kemenyan kerana Jin paling suka dengan
asap yang busuk. Tetapi orang-orang
melayu ini degil, suka sangat dengan
asap kemenyan. Beliau menambah,
orang-orang yang suka hisap rokok itu,
adik-beradik jin lah tuu.

5) Tempat tinggal Jin seperti di awan,
sungai, hutan, lombong, laut,
tempat-tempat tinggi (KLCC), tandas dan
kubur.


6) Beliau menasihat apabila ingin buang
air di perjalanan (contohnya jalanraya),
perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman,
Fil 'alamin." Mengikut sirahnya jin
sangat takut dengan Nabi Sulaiman.
Orang-orang Melayu suka sangat membaca
ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang
lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat
datuk. Dan masa bila pula, kita jadi
cucu cicit jin!!!!


7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib,
itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang
tahu menilik-nilik nasib, pembohong...."
Sirahnya apabila Nabi Sulaiman,
memerintahkan jin untuk membina
istananya, sehingga Nabi Sulaiman
meninggal pun jin tidak perasan/tahu.
Semasa itu Nabi Sulaiman duduk di
kerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin
tekun membuat kerja di hadapan-nya.
Sehingga anai-anai memakan tongkatnya
dan tongkat tersebut reput dan jatuh
serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka
barulah tahu oleh jin bahawa Nabi
Sulaiman telah wafat.

8) Manusia juga dilarang membuang air di
lombong-lombong yang airnya tenang,
terutama di waktu tengah malam. Jin suka
mandi di situ, waktu itu. Dilarang juga
buang air di lubang-lubang (tanah).

9) Rumah-rumah yang lama tidak
berpenghuni atau rumah yang baru siap
belum duduk lagi, jin suka tinggal di
situ. Sebelum duduk rumah baru, di
galakkan membaca surah Al-Baqarah,
sehingga habis. Jin lari selama 3 hari.
Tidak perlu tepung tawar bagai.... orang
melayu suka sangat menepung tawar !!!

10) Jika budak menangis tengah-tengah
malam, azankan 7 ~ 10 kali, jika tidak
bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali
henti (tekniknya) sebab beliau pernah
jumpa orang yang di rasuk. * Kalau
rajin..Tolong sebarkan maklumat ini
kepada saudara Muslim Muslimat yang
lain. Ilmu yang bermanfaat ialah salah
satu amal yang berkekalan bagi orang
yang mengajarnya meskipun dia sudah mati

Bior betul..

NIH KES KURAFAT AGAKNYA..ISH2...

MACAM2...





Monday, March 28, 2011

Jom Sertai Bloglist Blog Bdk Botak Bulan 4-6 2011"



k..lama dah aku tak update blog nih..so aku nk join bloglist nih..

sapa-sapa berminat untuk join sila klick banner di atas.

1. aku nih lelaki

Saturday, March 26, 2011

MOOD

Rasa macam malas da nak on9....

sorry r korunk...

malas da nk update blog sangat..

rarely on9..

bosan....

btw...nantikan kemunculan aku semula...

hahahaah


Thursday, March 24, 2011

Ibuku seorang pembohong???

ibuku seorang pembohong ???

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kurangnya 8 kali ibu membohongi saya . Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian.


Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." - PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan waktu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.


Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.

Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" - PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kerana sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." - PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di
kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "Jangan susah-susah, ibu ada duit." - PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di
sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." - PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.


Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata . Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit."- PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.



Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali.


Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk dan menciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.


Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu...


p/s : credit from my email box..tq

Tuesday, March 22, 2011

All These Pictures Are Made With Food.


SAMBIL2 G CTU..MAKAN LA SEKALI..HEEHE

SPM RESULT!


OMG! TOMOROW IS THE SPM RESULT ANOUNCEMENT!

BETOL KEW AYAT BI AKU TUH?? HENTAM JEQ LA LABU

MOOD SCARY : MENGGIGIL SEJUK DITAMBAH DENGAN CUACA SEJUK.TERUS CRAM

MOOD NORMAL : MACO SENTIASA..

MOOD INNOCENT : PK YANG ESOK BUKAN RESULT..TAPI TUH LA HAKIKAT

MOOD FLASH BACK : PENDE LA AKU WAT TIME PERIKSA ARY TUH..

MOOD APY : YEAH ! DA NAK DEKAT SAMBUNG BELAJAR

MOOD BORED : TERPERUK KT RUMAH 3 BULAN

MOOD ANGRY : BUDAK2 BAGI TARIKH KEPUTUSAN KELUAR SPM SALAH..PANAS2~!

MOOD EXCITED : DAPAT JUMPA KWAN2 N CIKGU!

MOOD DAMN : DAPAT SEHELAI KERTAS PENENTU MASA HADAPAN

MOOD LAZY : MALAS NAK G AMEK KEPUTUSAN ..HAHAHHAHAHAHAH

AKU BENCI ROKOK


Assalamualaikum , hari ini aku nak join segmen Abang Ben" aku benci rokok "
seperti biasa , sesiapa mahu join..klick banner di atas.

soalan yang diberikan oleh Abang Ben

Sila nyatakan KENAPA ANDA BENCI ROKOK ? Mesti lebih dari 100 patah perkataan

Kenapa aku benci rokok?? sudah terang lagi bersuluh yang rokok tu adalah sangat berbahaya untuk kesihatan..memang aku sangat benci rokok.apatah lagi menghisapnya..best sangat ke hisap rokok ni ??..Tambahan lagi , aku tak suka merokok sebab paru-paru aku akan jadi itam.
tak nak aku..aku nak paru-paru aku nih sentiasa fresh..

Awal-awal lagi mak aku siap warning kat aku jangan merokok..kalo mak aku nmpak aku merokok..mampus aku..so dari ctu..aku sudah mendisplinkan diri aku supaya tak merokok.

Sebab lain pula , aku benci merokok atas nasihat kawan aku.Dia pandai Kaunselor.sama baya ngn aku.Dia cakap orang yang merokok nih macam nak tempah nama msuk neraka. mesti korang kata kenapa kan?? da sah2 la rokok nih leh bawak maut..kiranya macam nak bunuh diri..Kalo da bunuh diri.
hukumnya masuk neraka kan..Aku dengar pon macam logik gak dia cerita.Aku pon tak berani
nak cerita panjang-panjang. Nak tahu tanya ustaz . lebih baik kita mencegah dari mengubati,

sebab lain adalah membazir. rokok sekotak da nak cecah 10 ringgit.yeke?rasanya..tapi yang penting.sekotak rokok mahal.lebey baik.aku pergi makan nasi goreng ayam dekat warung.murah pon murah.kenyang pon kenyang.daripada beli rokok yang mendatangkan penyakit kronik..

ada juga yang kata cmni.ala bapak aku da tua isap rokok lagi..takde pon kena sakit teruk sebab merokok..Hm no comment la kawan..kalo da kena jangan salahkan aku.

Pesanan buat mereka yang merokok dan bakal merokok !

Jangan merokok ! membahayakan kesihatan!

Pendapat anda mengenai mereka yang merokok ini

Mungkin mereka nak tunjuk maco . Bila merokok nih..hmm..no comment




Monday, March 21, 2011

Believe it or not...These are cakes...

I've never seen so amazing cakes!!! What you see below are cakes that can be eaten totally! No plastics or any other artificial stuff was used - everything is edible.




nak tak makan kek macam nih..sedap kan?