BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, August 8, 2011

Emotional text

Pada pagi ramadan yang hening dan sunyi sepi serta embun yang membasahi bumi.Hanya bertemankan 2 keping biskut . Perasaan yang bergelora di hati . Dengan turun naiknya nafas serta bersabar dengan dugaan di bulan yang penuh keberkatan . Nescaya Allah S.W.T suka kepada orang yang bersabar .

Walaupun dikenakan dugaan yang menimpa2 kerana dik nafsu . Hati yang kental akan terus bersabar dengan karenah walaupun disebabkan dengan satu perkataan sahaja keadaan menjadi kacau bilau sehingga timbul nya perasaan negatif serta kata - kata yang melemahkan semangat . Tetapi aku tetap beruntung kerana hati ini akan sentiasa bersabar walaupun dalam diam . Hati ini menangis dengan tuduhan - tuduhan yang tidak bernas. Hati ni juga sudah berjanji bahawa tidak mahu bermain kata - kata. Cukuplah dengan perkataan yang selalu diucapkan .

Ya Allah , kau kuat kan lah semangat aku agar sentiasa gembira dalam hubungan sesama manusia . Aku seorang hamba yang lemah . Aku sudah cuba sedaya upaya . Sesungguhnya kau lah yang layak dipuji dan dicintai .

No comments: