BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
If we are not united. treat me like the wind that can not be seen, but can feel their presence

Popular Post

  • Aksi mat rempit terlampau atas ranjang 18 sx
  • 7 most amazing caves of our world
  • Proses kejadian Tsunami
  • Sosej yang haram dimakan
  • Sape kata perempuan kurus cantik
  • lagu-zaman-70-80-90
  • Kebenaran Al-Quran tentang wtc new york :P
  • Skype:P
  • Minggu destini siswa Uitm
  • Cuba perati katil kat ujung sekali hehe

    Tips - Trik Blogger

  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Tuliskan Link Title di sini! Tuliskan Link Title di sini!
  • Thursday, October 25, 2012

    kongsi cerita


    KALAU ADA SESIAPA YG MASIH BELUM BACA KISAH NI BACA LAH....BENAR2 MENYENTUH HATI...KETIKA SAYA BACA KISAH NI AIR MATA SAYA MENITIS TANPA BERHENTI2 SEPERTI AIR HUJAN...BAGAIMANA DENGAN ANDA???

    Kisah Di Negeri Orang

    Suasana didalam bilik bersalin begitu sunyi sekali. Yang kedengaran hanyalah suara rintihan Rohani menahan kesakitan hendak melahirkan. "Subhanallah....sakitnya...isk...isk...isk...isk... aduuh....Bang sakit nya tak tahan saya" keluh Rohani pada suaminya Zamri yang ketika itu ada disisinya. "Apalah awak ni....susah sangat nak bersalin. Sudah berjam-jam tapi masih tak keluar- keluar juga budak tu. Dah penat saya menunggu. Ni... mesti ada sesuatu yang tak elok yang awak sudah buat , itulah sebabnya lambat sangat nak keluar budak tu, banyak dosa agaknya." rungut Zamri kepada isterinya, Rohani pula.

    Sebak hati Rohani mendengar rungutan suaminya itu, tetapi dia tidak menghiraukannya, sebaliknya, Rohani hanya mendiamkan diri sahaja dan menahan kesakitannya yang hendak melahirkan itu. Rohani tahu sudah hampir 3 jam dia berada dalam bilik bersalin itu tetapi bayinya tidak juga mahu keluar. Itu kehendak Allah Taala, Rohani tidak mampu berbuat apa apa, hanya kepada Allahlah dia berserah.

    Sejak Rohani mengandung ada sahaja yang tidak kena dihati Zamri terhadapnya. Zamri seolah olah menaruh perasaan benci terhadap Rohani dan anak yang dikandungnya itu.

    Jururawat yang bertugas datang memeriksa kandungan Rohani dan kemudian bergegas memanggil Doktor Syamsul iaitu Doktor Peribadi Rohani. Doktor Syamsul segera datang dan bergegas menyediakan keperluan menyambut kelahiran bayi Rohani itu. Rohani hanya mendiamkan diri menahan kesakitan dan kelihatan air matanya meleleh panas dipipi gebunya itu. Rohani menangis bukan kerana takut atau sakit tetapi kerana terkenang akan rungutan Zamri tadi.

    Saat melahirkan pun tiba. Doktor Syamsul menyuruh Rohani meneran ..."Come on Ani. You can do it...one more...one more Ani." Kata kata peransang Doktor Syamsul itulah yang membuatkan Rohani begitu bertenaga dan dengan sekali teran sahaja kepala bayinya itu sudah pun keluar...?Alhamdulillah,? bisik Rohani apabila dia melihat sahaja bayinya yang selamat dilahirkan itu.

    Tiba-tiba Rohani terasa sakit sekali lagi dan dia terus meneran untuk kali keduanya, sejurus itu juga keluar seorang lagi bayi, kembar rupanya. "Tahniah Rohani, You got twin, boy and girl, putih macam You juga." Begitulah kata kata pujian dari Doktor Syamsul. "Tahniah Zamri, it's a twin" Doktor Syamsul mengucapkan tahniah kepada Zamri pula. Zamri hanya mendiamkan diri sahaja setelah menyaksikan kelahiran anak pertamanya itu, kembar pula . Doktor Syamsul memang sengaja menyuruh Zamri melihat bagaimana keadaan kelahiran anak anaknya itu.

    Rohani sudah mula merancang akan nama untuk anak anaknya itu. Yang lelaki akan diberi nama Mohammad Fikri dan yang perempuan akan diberi nama Farhana. Rohani merasa begitu lega sekali setelah melahirkan kembarnya itu, tetapi sesekali bila dia teringat kata kata Zamri sebelum dia melahirkan hatinya menjadi begitu sebak dan sedih sekali.

    Sebenarnya memang terlalu banyak kata-kata Zamri yang membuat Rohani berasa jauh hati sekali. Terutamanya sepanjang dia mengandung. Tetapi Rohani hanya bersabar, kerana dia tahu kalau dia mengadu pada emaknya tentu dia akan dimarahi semula. Jadi dia hanya mendiamkan diri dan memendam rasa sahaja.

    Kedua dua anaknya, Mohammad Fikri dan Farhana telah diletakkan dibawah jagaan Nursery di Hospital Universiti Singapura (NUH) untuk memberi peluang Rohani berehat sebentar, kemudian nanti dapatlah dia menyusukan kedua kembar yang comel itu.

    Tiba tiba fikiran Rohani menerbang kembali kedetik detik semasa dia mengandung dahulu. Zamri memang selalu memarahinya, ada sahaja perkara yang tidak kena. Macam macam kata kata nista yang dilemparkan kearah Rohani. Ada sahaja tuduhan yang tidak masuk akal, semuanya dihamburkan pada Rohani seolah olah melepaskan geram. Tidak sanggup rasanya Rohani menghadapi itu semua tetapi demi kestabilan kandungannya, Rohani kuatkan juga semangat dan pendiriannya.

    Yang paling menyedihkan sekali ialah sewaktu Rohani mula mula disahkan mengandung. Zamri tidak percaya yang Rohani mengandung anaknya, dua kali dia membuat pemeriksaan Antenatal untuk mengesahkan kandungan isterinya itu. Keraguan timbul didalam hati Zamri tentang anak dalam kandungan Rohani itu. Zamri tidak boleh menerima kenyataan yang Rohani akan mengandung sebegitu awal sekali sedangkan mereka berkahwin baru 3 bulan. Kandungan Rohani sudah masuk 2 bulan... bermakna Rohani cuma kosong selama sebulan sahaja selepas mereka berkahwin. Bagi Rohani pula itu perkara biasa sahaja yang mungkin turut dilalui oleh pasangan lain juga.

    Setelah membuat pemeriksaan Doktor, Rohani pulang kerumahnya dalam keadaan sedih. Pada mulanya Rohani berasa sangat gembira bila dia disahkan mengandung tetapi sebaliknya bila Zamri tidak mahu menerima anak dalam kandungannya itu, perasaannya terus berubah menjadi duka pula. Zamri menuduh yang Rohani berlaku curang, dan anak dalam kandungannya itu adalah hasil dari kecurangan Rohani sendiri. Hati isteri mana yang tidak remuk. Hati isteri mana yang tidak kecewa apabila dituduh sebegitu rupa oleh suaminya sendiri. Rohani pasrah......

    Pernah suatu ketika Rohani bertengkar dengan suaminya. "Kenapa abang berlainan sekarang ni, tak macam dulu, pelembut, suka berjenaka, ini tidak asyik nak cari kesalahan Ani sahaja. Mengapa bang?" Rohani bertanya kepada Zamri .

    "Kaulah penyebab segalanya. Tak payahlah nak tunjuk baik." Tempelak Zamri. Entah jantan mana yang kau dah layan kat opis kau tu." sergah Zamri lagi.

    "Abang syak Ani buat hubungan dengan lelaki lain ke? Subhanallah??.Kenapa Abang syak yang bukan-bukan ni, Anikan isteri Abang yang sah, tak kanlah Ani nak buat jahat dengan orang lain pulak, Bang"? sangkal Rohani pula. "Allah dah beri kita rezeki awal, tak baik cakap macam tu. Itu semua kehendak Allah." Rohani menghampiri sambil memeluk badan suaminya tetapi Zamri meleraikan pelukannya dengan kasar sekali sehingga tersungkur Rohani dibuatnya. Serentak itu juga Rohani menangis . Zamri langsung tidak mengendahkannya. Deraian airmata Rohani semakin laju. Rohani hanya mampu menangis sahaja. Amat pedih sekali Rohani rasakan untuk menahan semua tohmahan dari Zamri, suaminya yang sah.

    "Woi, benda-benda tu boleh terjadilah Ani. Kawan baik dengan bini sendiri, suami sendiri, bapak dengan anak, hah! emak dengan menantu pun boleh terjadi tau, apatah lagi macam kau ni, tau tak. Dulu tu kawan lama kau yang satu opis dengan kau tu, Amran, bukan main baik lagi budak tu dengan kau." Bentak Zamri lagi. Tanpa disangka sangka rupanya Zamri menaruh cemburu terhadap isterinya.

    "Entah-entah keturunan kau, darah daging kau pun tak senonoh ....heee teruk. Nasib aku lah dapat bini macam engkau ni." kutuk Zamri lagi pada Rohani. "Bawa mengucap Bang, jangan tuduh Ani yang bukan-bukan. Ani bukan perempuan yang tak tentu arah. Walaupun Ani hanya anak angkat dalam keluarga ni, Ani bukan jenis macam tu, Ani tau akan halal haram, hukum hakam agama.

    ?Memang Ani tak pernah tau asal usul keluarga kandung Ani, tapi Ani bersyukur dan berterima kasih pada emak angkat Ani kerana menjaga Ani sejak dari kecil lagi. Ani dianggapnya seperti darah daging sendiri.? Rohani mula membangkang kata kata nista suaminya itu. "Abang jangan cuba nak menghina keluarga kandung Ani kerana walaupun mereka tidak membesarkan Ani tetapi disebabkan merekalah, Ani lahir kedunia ini.? Tambah Rohani lagi dengan sebak didada.

    Semenjak peristiwa pertengkaran itulah, setiap hari Rohani terpaksa pergi ke tempat kerja Zamri apabila habis waktu bekerjanya. Sementara menunggu Zamri pulang Rohani berehat di Surau tempat Zamri bekerja. Zamri bekerja sebagai seorang salesman handphone di salah sebuah Pusat membeli belah dan kerjanya mengikut shif. Kalau Zamri bekerja shif malam terpaksalah Rohani menunggu Zamri sampai tengah malam. Begitulah keadaannya sehingga apabila perutnya semakin membesar pun Zamri masih memaksanya. Terpaksalah Rohani berbohong kepada emak dan keluarganya yang lain dengan mengatakan yang dia buat kerja overtime semata mata untuk mengelakkan pertengkaran dan tuduhan serta kata nista suaminya itu.

    Dengan keadaan perut semakin membesar Rohani masih gagahkan juga dirinya pergi bekerja. Kadangkala apabila Zamri tidak menjemput Rohani ditempat kerja terpaksalah Rohani berasak asak menaiki bas untuk pulang . Begitulah keadaan Rohani sehinggalah hampir pada waktu bersalinnya. Pernah sekali Rohani minta dijemput kerana dia sudah larat benar tetapi sebaliknya Zamri membalasnya dengan kata kata kesat kepadanya, perempuan tak tau berdikarilah, berlagak senang lah, lagak kaya lah, perempuan tak sedar diri lah, tak layak jadi isterilah, menyusahkan dan macam macam lagi kata kata nista dilemparkan kepadanya.

    Suatu hari Zamri dalam keadaan marah telah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani ke dinding...Rohani hanya mampu menangis dan menanggung kesakitan. Ini semua gara-gara Rohani hendak pergi ke rumah Mak Saudaranya yang ingin mengahwinkan anaknya di Tampines. Emak Rohani sudah seminggu pergi kesana untuk menolong Mak Saudaranya itu. Hari sudah semakin petang jadi Rohani mendesak agar bertolak cepat sikit, lagipun langit sudah menunjukkan tanda tanda hendak hujan. "Hari dah nak hujan, Bang. Elok rasanya kalau kita pergi awal sikit bolehlah tolong apa yang patut.? Pinta Rohani.

    Tanpa disangka sangka kata kata Rohani itu membuatkan Zamri marah dan dengan dengan tiba-tiba sahaja Zamri bangun. Dengan muka bengisnya, Zamri memandang Rohani. "Kau tahu aku penatkan, tak boleh tunggu ke, aku punya sukalah nak pergi malam ke, siang ke, tak pergi lansung ke." marah Zamri. Rohani menjawab,"Itu Ani tau, Abang kan dah berehat dari pagi tadi takkan masih penat lagi. Sepantas kilat Zamri datang kepada Rohani dan direntapnya rambut Rohani lalu di hantukkan kepala Rohani kedinding. Rohani tidak berdaya untuk menghalangnya. Ya Allah! Sungguh tergamak Zamri berbuat demikian...terasa kebas kepala Rohani dan dirasakannya mula membengkak. Pening kepala Rohani dibuatnya.

    "Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menerima semua ini. Kau lindungilah aku dan kandunganku ini dari segala bahaya dan azab sengsara, Ya Allah.? Doa Rohani dalam hatinya dengan penuh keluhuran. Rohani memencilkan dirinya disudut dinding dan menangis sepuas puasnya.... "Bang, Ani minta maaf jika kata kata Ani tadi membuatkan Abang marah." Rohani memohon maaf kepada suaminya sambil tersedu sedu.

    Hari itu seperti biasa Zamri ketempat kerjanya. Tiba tiba handphonenya berbunyi. Kedengaran suara Doktor Syamsul menyuruhnya datang segera ke hospital, kerana ada sesuatu yang berlaku terhadap Rohani.

    Setibanya di hospital sahaja,"Zamri, kami sudah cuba untuk menyelamatkan Rohani tapi kuasa Allah melebihi segalanya, Rohani mengalami pendarahan otak yang serius, sebelum ini pernah tak Rohani jatuh atau... kepalanya terhantuk kuat pada sesuatu kerana sebelah kanan kepalanya kelihatan bengkak dan ada tanda lebam. Mungkin kesan dah lama ? Doktor Syamsul bertanya agak serius. Dia inginkan penjelasan sebenar dari Zamri. Zamri hanya mendiamkan diri.

    Serentak itu juga Zamri teringat yang dia pernah menarik rambut Rohani dan menghantukkan kepala Rohani kedinding sekuat kuatnya...dan selepas kejadian itu Zakri tidak pernah sekali pun membawa Rohani ke Klinik untuk membuat pemeriksaan kepalanya. Rohani sering mengadu sakit kepala yang teruk ...namun Zamri tidak pernah mengendahkan kesakitan Rohani itu, malah baginya Rohani hanya mengada-ngadakan cerita ......saja buat buat sakit untuk minta simpati...

    Sambil menekap mukanya dengan tangan Zamri menyesal...."YA ALLAH apa yang aku dah buat ni."

    Doktor Syamsul menjelaskan lagi,"Doktor Zain yang merawat Rohani kerana Rohani mengadu sakit kepala yang amat sangat sewaktu dia memberi susu pada kembarnya di Nursery. Jadi Doktor Zain telah membawa Rohani ke Lab untuk membuat scanning di kepalanya dan confirm otaknya ada darah beku tapi malangnya ia sudah ditahap yang kritikal dan kami tak mampu melakukan apa-apa kerana Rohani tidak mahu di operation sebelum meminta izin dari awak Zamri.?

    ?Hanya satu permintaan terakhir arwahnya, dia minta awak membaca diarinya ini. I'm really sorry Zakri. Allah lebih menyayanginya.? kata Doktor Syamsul lagi lalu menyerahkan sebuah diari yang berbalut kemas dengan kain lampin bayi yang masih baru kepada Zamri.

    Zamri mengambil diari tersebut. Satu lembaran kesatu lembaran dibukanya. Setiap lembaran tertulis rapi tulisan tangan Rohani mencoretkan peristiwa yang berlaku padanya setiap hari. Begitu tekun sekali Zamri membacanya dan ternyata banyak sekali keluhan, kesakitan & segala luahan rasa Rohani semuanya tertera didalam diari tersebut. Dan Zamri dapati setiap peristiwa itu semuanya adalah perlakuan buruk Zamri terhadap Rohani...

    "Ya Allah, kenapa aku buat isteriku begini." keluh hati kecil Zamri penuh penyesalan selepas membaca setiap lembaran diari itu. Dan apabila tiba ke muka surat terakhir, tiba tiba Zamri terpandang bunga ros merah yang telah kering...membuat Zakri tertarik untuk membacanya...

    Untuk suamiku yang tersayang, Zamri.

    "SELAMAT HARI ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA PADA HARI INI."Dengan air mata yang mula bergenang Zamri memulakan bacaannya....

    Assalamualaikum.

    Abang...

    Ingat tak bunga Ros merah ni, Abang berikan pada Ani pada pertemuan pertama kita dulu. Sudah lama Ani simpan bunga tu Bang...

    Bunga inilah lambang kasih sayang Ani pada Abang selama ini. Ia tidak pernah berubah pun walau telah kering.....Ani teramat menyayangi Abang. Ani sentiasa menyimpan setiap hadiah yang Abang berikan pada Ani. Abang tak pernah tahu kan... Itulah salah satu buktinya betapa sayangnya Ani pada Abang..

    Terlebih dahulu Ani teringin sangat nak dengar Abang panggil Ani ?AYANG? seperti kita baru baru kahwin dulu...Abang panggil Ani ?AYANG?...terasa diri Ani dimanja bila Abang panggil macam tu...walaupun Ani cuma dapat merasa panggilan ?AYANG? itu seketika sahaja. Abang sudah banyak berubah sekarang. Perkataan ?AYANG? telah hilang dan tidak kedengaran untuk Ani lagi. Kenapa? Benci sangatkah Abang pada Ani? Ani telah melakukan kesalahan yang menyinggung perasaan Abang ke?

    Abang...

    Tulisan ini khas Ani tujukan untuk Abang. Bacalah semoga Abang tahu betapa mendalamnya kasihsayang Ani pada Abang. Abang tentu ingatkan hari ini merupakan hari ulangtahun perkahwinan kita yang pertama dan sebagai hadiahnya Ani berikan Abang.......Mohammad Fikri dan Farhana.

    Buat diri Ani, Ani tak perlukan apa apa pun dari Abang cukuplah dengan kasih sayang Abang pada Ani. Ani akan pergi mencari ketenangan dan kedamaian untuk diri Ani. Ani pergi untuk menemuiNya. Ani reda Bang....

    Harapan Ani, Abang jagalah kedua kembar kita tu dengan baik dan jangan sekali-kali sakiti mereka. Mereka tidak tahu apa-apa. Itulah hadiah paling berharga dari diri Ani dan mereka adalah darah daging Abang. Janganlah seksa mereka. Abang boleh seksa Ani tapi bukan mereka. Sayangilah mereka...

    Dan yang terakhir sekali, Ani ingin mengatakan bahawa dalam hidup ini, Ani belum pernah mengadakan apa apa hubungan dengan sesiapa pun melainkan Abang sahaja di hati Ani. Jiwa dan raga Ani hanya untuk Abang seorang.

    Ribuan terima kasih Ani ucapkan kerana Abang sudi mengahwini Ani walaupun Ani cuma menumpang kasih didalam sebuah keluarga yang menjaga Ani dari kecil hinggalah Ani bertemu dengan Abang dan berkahwin.

    Ani harap Abang tidak akan mensia siakan kembar kita tu dan Ani tidak mahu mereka mengikut jejak kehidupan Ani yang malang ini dan hanya menumpang kasih dari sebuah keluarga yang bukan dari darah daging sendiri...tapi Ani tetap bersyukur kerana dapat mengecapi kasih sayang sepenuhnya dari keluarga angkat Ani. Ani harap sangat Abang akan sentiasa memberitahu pada kembar kita yang Ani ibunya, akan sentiasa bersama disamping mereka berdua, walaupun Ani tidak berkesempatan membelai mereka dan cuma seketika sahaja dapat mengenyangkan mereka dengan air susu Ani.

    Berjanjilah pada Ani, Bang! dan ingatlah Fikri dan Farhana adalah darah daging abang sendiri...

    Ampunkan Ani dan halalkan segala makan minum Ani selama setahun kita hidup bersama.

    Sekiranya Abang masih tidak sudi untuk menerima kehadiran Fikri dan Farhana dalam hidup Abang, berilah mereka pada emak Ani supaya emak dapat menjaga kembar kita itu. Tentang segala perbelanjaannya, janganlah Abang risau kerana Ani sudah pun masukkan nama emak dalam CPF Ani. Biarlah emak yang menjaga kembar kita itu, sekurang-kurang terubat juga rindu emak sekeluarga pada Ani nanti bila memandang kembar kita. Comel anak kita kan Bang!Mohammad Fikri mengikut raut muka Abang...sejuk kata orang dan Ani yakin mesti Farhana akan mengikut iras raut wajah Ani...Ibunya...sejuk perut Ani mengandungkan mereka.

    Inilah satu satunya harta peninggalan yang tidak ternilai dari Ani untuk Abang. Semoga Abang masih sudi menyayangi dan mengingati Ani walaupun Ani sudah tiada lagi disisi Abang dan kembar kita.

    Salam sayang terakhir dari Ani Untuk Abang dan semua.

    Doakanlah Kesejahteraan Ani.

    Ikhlas dari isterimu yang malang,

    Rohani

    Sehabis membaca diari tersebut, Zamri meraung menangis sekuat kuat hatinya. Dia menyesal.......menyesal.......

    "Sabarlah Zamri, Allah maha berkuasa. Kuatkan semangat kau, kau masih ada Fikri dan Farhana." pujuk Zul, kawan baiknya. Zamri hanya tunduk membisu.

    Ya Allah...

    Ani, maafkan Abang. Tubuh Zamri menjadi longlai dan diari ditangannya terlepas, tiba tiba sekeping gambar dihari pernikahan antara Zamri dan Rohani terjatuh dikakinya lalu segera Zamri mengambilnya.

    Belakang gambar itu tertulis "SAAT PALING BAHAGIA DALAM HIDUPKU DAN KELUARGA. SEMOGA KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN INI AKAN SENTIASA MENYELUBUNGIKU HINGGA KEAKHIR HAYATKU.?

    Zamri terjelepuk dilantai dengan berjuta penyesalan merangkumi seluruh tubuhnya. Dia seolah olah menjadi seperti orang yang hilang akal. Satu demi satu setiap perlakuan buruknya terhadap Rohani seperti terakam dalam kepala otaknya...setiap perbuatannya...seperti wayang jelas terpampang...kenapalah sampai begini jadinya...kejamnya aku...Ani, maafkan Abang?.maafkan Abang?. Abang menyesal??.

    Sewaktu jenazah Rohani tiba dirumah suasananya amat memilukan sekali. Zamri sudah tidak berdaya lagi untuk melihat keluarga isterinya yang begitu sedih sekali diatas pemergian anak mereka. Walaubagaimanapun emak Ani kelihatan begitu tabah dan redha. Kedua dua kembar Zamri sentiasa berada didalam pangkuan nenek mereka.

    Untuk kali terakhirnya, Zamri melihat muka Rohani yang kelihatan begitu tenang, bersih dan Zamri terus mengucup dahi Rohani. "Rohani, Abang minta ampun dan maaf." bisik Zamri perlahan pada telinga Rohani sambil menangis dengan berjuta penyesalan menimpa nimpa dirinya. Apabila Zamri meletakkan kembar disisi ibunya mereka diam dari tangisan dan tangan dari bedungan terkeluar seolah-olah mengusapi pipi ibu mereka buat kali terakhir dan terlihat oleh Zamri ada titisan airmata bergenang di tepi mata Rohani. Airmata itu meleleh perlahan-lahan bila kembar itu diangkat oleh Zamri.

    Kembarnya menangis semula setelah diangkat oleh Zamri dan diberikan kepada neneknya. Jenazah Rohani dibawa ke pusara. Ramai saudara mara Rohani dan Zamri mengiringi jenazah, termasuklah kedua kembar mereka. Mungkin kedua kembar itu tidak tahu apa-apa tetapi biarlah mereka mengiringi pemergian Ani, Ibu mereka yang melahirkan mereka. Amat sedih sekali ketika itu. Zamri tidak mampu berkata apa-apa melainkan menangisi pemergian Rohani yang selama ini hidup merana atas perbuatannya.

    Dan akhirnya Jenazah Rohani pun selamat dikebumikan. Satu persatu saudara mara meninggalkan kawasan pusara, tinggallah Zamri keseorangan di pusara Rohani yang masih merah tanahnya...meratapi pilu pemergian isterinya itu, berderai airmata Zamri dengan berjuta juta penyesalan ...

    Sambil menadah tangannya, Zamri memohon pengampunan dari yang Maha Esa...

    Ya Allah?.

    Kuatkan semangat hambamu ini . Hanya Kau sahaja yang mengetahui segala dosa aku pada Rohani....ampunkan aku Ya Allah....

    Dalam tangisan penyesalan itu, akhirnya Zamri terlelap disisi pusara Rohani. Sempat juga dia bermimpi, Rohani datang menghampirinya, mencium tangan, mengucup dahi dan memeluk tubuhnya dengan lembut mulus.

    Zamri melihat Rohani tenang dan jelas kegembiraan terpancar dimuka Rohani yang putih bersih itu. Ani..., Ani..., Ani..., nak kemana Aniiiiiii. Zamri terjaga dari lenanya. Terngiang-ngiang suara kembarnya menangis. Emak dan keluarga mertuanya itu datang mendekati Zamri. Mereka semua menyabarkannya.....
    Semoga Allah mencucuri rahmat keatas Rohani......

    copy paste dr fb

Saturday, August 18, 2012

barbeque

 Assalamualaikum...sok raya la...mean hari  ni last puasa..so nk cerita aktiviti terakhir masa dalam bulan ramadhan..

   aktivitinya adalahberbuka bersama-sama dengan class mate...buka dkt rumah sewa pelajar perempuan..malah kitaorang jemput lecturer kesayangan kitaorang iaitu miss yana..best gler belajar dengan dia ni...buka kali ni..bukkannya buka sekadar beli juadah dkt bazar...

  tapi..kitaorg wat barbeque...so abes satu rumah berasap n bdn pon baru asap..memang best gler masa tuh..dgn member..sampai pedih mata aku kipas asap..huhu...

k gmbr barbeque








k tuh je..xpjg

Thursday, August 16, 2012

PERSAK

Assalamualaikum w.b.t kepada semua blogger dan stalker..macam mana dengan puasa..penuh tak? sekrg da msuk ramdhan yg ke 27..lagi tinggal berapa hari lagi je nak raya...so..tingkatkan la amalan pada malam-malam terakhir dalam bulan ramadhan ni..jgn obses cgt dgn persiapan raya tuh..

k..dalam bulan ramadhan yang mulia ni...ada pertandingan jalan lasak(Persak) yang dianjurkan oleh unit kokurikulum uitm n9 bersama komander kesatria n9...specialnya pertandingan ni adalah ia dilakukan pada waktu malam..

k aku selaku komander kesatria negeri sembilan diberikan amanat dan tugasan daripada ketua projek untuk menjadi komander pengiring untuk platun 5 (diploma sains part 1)..bila dapat tahu jadi komander pengiring..perasaan dan hati ni bercampur malas nak handle budak..so go on je..tak kan la nk tolak pulak..

hari pertama perjumpaan dengan budak platun..aku tak berapa tahu sangat dengan flownya..sbb sebelum tuh..aku tak datang metting..so agak terblur ckt..untuk inform kat budak2 dalam platun..just beritahu ape yang aku tahu..aku tak kisah pon diorang nk gelakkan aku ke ape..yang penting aku bekerja untuk menguruskan mereka..

pertandingan jalan lasak ni mesti lah ada sesi latihan kan..aku hanya ambil masa lima hari sahaja tuk train dorang buat fitness..n tak kacau untuk hari jumaat sabtu dan ahad..bagi memberi peluang kpd mereka untuk pulang ke kampung halaman ataupon menyiapkan tugasan daripada lecturer contohnya assignment.

so..dari situ..aku kenal lah dengan budak2 platun aku...mendengar masalah mereka....memberikan sokongan padu.. menyelesaikan masalah mereka..aku lakukan ni semua  atas dasar kerja..bukan saja2..kerja tetap kerja..ko nk gelak nak main..lantak ko la...tp nk diikutkan budak platun aku..oke je..dgr segala arahan aku..n xbnyk karenah...dari segi kedatangan..ok..cme de sorang je tuh tak dtg sekali..tp xpe..maybe dia sakit..aku rasa diri aku ni gagal untuk memimpin mereka dan menarik minat mereka jika mereka tidak selalu hadir...aku juga berjaya hafal setiap sorang nama budak platun aku A sampai Z

untuk dipendekkan cerita..aktivit jalan lasak ni..mempunyai 4 cek point..cekpoint pertama..daki bukit..cekpoint kedua masuk dalam hutan cekpoint ketiga..padang bola ada aktivit yang wajib dilakukan seperti crawl dan lompat tayar dan cek point teakhir..iaitu padang kawad...

syarat pertandingan hendak menang adlah..pasukan yang paling pantas sampai ke garisan penamat..dia lah pemenang..setelah tolak tambah penalti...kalo nak cerita lagi detail..panjang cgt la plk kn...tuk pengetahuan jugak..platun aku adalah pasukan pertama yang berlepas dan dilepaskn oleh VIP..bangga x?haha..n setiap platun dibekalkan dengan 3 barang amanah dan harvest pack...so..kne la jaga amanah tuh

k..syukur Alhamdullilah..platun aku berjya dapat no 3 dari 15 platun..segala perit korang bersama latihan dengan aku..tuh la hasilnya...congrat 4 platun 5...aku tumpang gembira..

semua platun dapat hamper..yg membezakan adlah no 1 , 2 dan 3...dapat wang tunai..tempat pertama rm200, tempt kedua rm 150, dan tempat ketiga rm 100..aku tak minta pape..korang pakai lah wang tuh tuk kegunaan tuk pltun 5..k

tnx sebab berikan kerjasama wahai platun 5...k bye...

gmbar

                                                                     platun 5 (n0 3)


                                                                      harvest pack

                                                                         warm up



                                                               majlis perasmian


                                                                     platun naib juara

                                                                       barisan urusetia






                                                                        platun juara
brefing
                                                                       dalam hutan
Crawl
                                                             barisan rakan seperjuangan

Tuesday, August 14, 2012

ronda-ronda kl



Assalamualaikum w.b.t kepada sesiapa yang visit dan baca blog ni...first sekali..nak berterima kasih kepada kawan aku..namanya muhammad hazman bin jaafar kerana sanggup datang ke uitm kuala pilah dengan menunggang motosikal dari s.buloh..jauh tuh..dia kata 3 jam perjalanan..

 k masa 4 ogos..aku r g kl ngn kawan-kawan..dorang plan dah awal dah..cakap nk g kl beli baju raya..gerak pagi tuh dalam pukul 11 lebih...sewa dalam dua kereta..dua2 manual...kwn aku yg bawak..aku tak bawak pon..bwk kjp je...

sepatutnya boleh sampai dlm 2 jam..tp de mslh ckt...ade ke patut kereta problem..kereta mati kt tgh2 highway lebuhraya smart..mati oke lg..yang xboleh gerak tuh yg payah..terpaksa la..tolak kereta tuh kt tgh2 highway..yg bestnya kt lorong memotong plk tuh kereta tuh mati..lawak gler r..

nasib baik r boleh gerak..then.first destinasi kita adalah rumah panjang iaitu sentul...just parking je kt area situ..sbb nk g time square..g sana naik lrt..tuk pengetahuan ni adlh first time masa aku beso naik lrt...dulu pnh naik tp time kecik2 lg..xthu pape..still dak hingusan..so jakun la ckt...k la pnh naik time kecik..dr kwn aku xpnh lgsung..xpe tuh sume pengalaman..

kt time square plk..jln2 la..nk mkn mg xblh r sbb pose..tp geram gk rasa..ada gk budak2 berbangsa melayu selamba badak dia je minum dpn khalayak ramai tanpa segan silu...ape nak jd..muka xbersalah pulak tuh..macm dia rasakan puasa tuh tak penting..malu beb org islam buat mcm tuh...

budak2 ni de la gk shoping ckt kt ctu..aku x shoping lg..then balik la g bazar ramadhan..beli juadah..selbihnya..mak kawan aku..de masak kat rumah dia...tp lg satu kejadian pulak..kereta wat mslh lg..brek pad patah..lagi r sakit....berbahya tuh...so bwk la slow2 g rmh kwn..nasib selamt sampai sebb xjauh cgt

bila azan berkumandang je...terus la melantak ape lg..lapo gler kot..dah la jln jauh...then..mlm tuh..kitaorg g rmh kawan kt kepong..rumah dia ade majlis nikah..akak dia yg nikah..wat time bulan pose tuh...hebadkn..jimat ckt.then g danau kota pulak...dgr2 kt ctu tmpt femes kt area kl..nk tgok gk ape yg femesnya..
dtg2..punya la ramai org..da cm tawaf kaabah da aku rasa...terlampau ramai....maybe brg kt ctu murah2 kot..aku de la gk beli brg..baju..cap..ingt nk beli kasut..xpelah..xjadik..

then, lepas tuh,..kitorg cadang nk g rmh kwn lg stu kt bangsar untuk sahur..nk diikutkn cerita nk bawa kereta yang masalah tuh...tp xjdik..atas faktor membahaya..so..kwn aku tuh..tepon bapak dia jemput kitaorg..nasib bapak dia sporting..yang pasal kereta tuh..tglkn lu..sok pg baru betol.

pas sahur..cmfrm r tdo balik kn..haha...pg tuh betolkan kereta..alhamdulilah semua berjalan lancar..selamat sampai ke pilah..

k tuh je..nk cter

gambar2 kt kl










                                                                 buka puasa at bahau

tnx sudi bc





Saturday, July 21, 2012

Hari sebelum Ramadhan bermula

 Asslamualaikum w.b.t kepada semua warga blogger dan stalker. Hari ini sudah memasuki bulan yang sangat mulia.iaitu bulan yang sangat dinantikan oleh orang islam iaitu bulan ramadhan yang penuh berkatnya dan mempunyai satu malam iaitu malam lailatul qadar.

 Hari ini aku sempat untuk mengonlinekan diri untuk mengepostkan cerita aku kat blog ni..sebab aku dah jarang online da skrg..lebih2 lagi keadaan internet yang xbpe nak laju sangat..

 so macam biasa semalam kan hari jumaat..kos aku wajib turun ke ladang..semalam kene turun dalam pukul lima pagi..ape akitivitnya? kami kena kejut budak-budak kos lain yang sedang tido nyenyak di blog masing..kami jerit la sekuat hati kat luar..(bangun sahur)!sampai diorang bukak lampu..padahal belum masuk bulan ramadhan..

   lepas tuh..masa kat ladang..tak buat kerja apa pon..supervisor pon tak tahu nak bagi keja apa kat kami..dia bg la sedikit sebanyak ilmu di ladang...tapi malangnya...ada kawan terlibas kaki dia dengan parang..terus kena jahit dua jahitan..itu lah lain kali berhati-hati...so kesimpulannya..masa kat ladang banyak mengulor je lebih..dtg makan balik..best x?

  then...balik ladang..solat jumaat...petang tu ada kelas pulak..ingatkan baru nak balik awal sedikit..tetapi sebab kelas kan..so kena la datang..so dalam kul 5 pm tu bertolak balik dr kuala pilah ke seremban..sampai seremban dalam pukul 6 pm..tengok tiket untuk balik ke muar sudah sold out..terpaksa la beli tiket melaka.pukul 6.45 pm..bas pula sampai lambat.sampai dalam pukul 7..n then gerak dalam pukul 7.15 pm pm..sampai melaka sentral dalam pukul 8.45 malam.tengok semua tiket da abis jual..bas domestik ke muar pula takde.last pon pukul 7 malam..coll kawan..dia cakap dia bleh hantar aku ke Muar..tgu dalam setengah jam.dalam pukul 10 lebih dia sampai melaka Central. n then sampai Muar..kawan aku ajak aku makan dekat kfc..aku pon on je..sebab tak makan lg..

k tuh je la cerita aku sehari sebelum ramadhan..bye

Saturday, June 30, 2012

Kem menggilap mutiara

Assalamualaikum w.b.t kepada semua blogger dan stalker. hari ini ada free sdikit nk update blog..tgok line macam oke..sebab sebelum ni..line tak berapa nak laju sangat..ok balik kepada tajuk utama..minggu lepas aku ada kem menggilap mutiara yang dianjurkan oleh pg`s DPIM..

Kem ini bertujuan untuk menggilap mutiara yang pudar menjadi bersinar..Apa kena mengena dengan mutiara pula? nak tahu.mutiara tuh adalah kami iaitu peserta  kem.. kem ini membantu melahirkan pelajar-pelajar DPIM yang sederhana  untuk mencapai purata gred gpa lebih 3.00 dan insya Allah lebih 3.50 iaitu dekan. 
Kem ini tak seperti kem Culture iaitu tuk pljar 2..00 ke bawah yang lebih memaksa memberi kesedaran yang drastik..tetapi kem kali ini lebih rilex..

Kem ini diadakan selama 3 hari 2 malam di kem Sri Pilah seramai 83 orang.tetapi yang hadir hanya 60 lebih..sebab yang selebihnya ada aktiviti lain iaitu SAP..(sukan antara program)..bukan nak cakap apa..teramatlah rugi sebab dorang x turut serta dalam kem macam ni..best dan banyak memberi kesedaran..

aktiviti :

Hari pertama (Jumaat 22.6.2012) tak berapa detail cgt..taip apa yang ingat je

Bertolak pada pukul 5 petang selepas solat Asar. menaiki bas Uitm dari Uitm kuala Pilah.sampai kem Sri pilah dalam setengah jam je..sampai sana terus letak beg dalam khemah..dan diberi taklimat oleh ahli ajk..tuk pengetahuan semua senior yang handle..mnjadi lebih baik...sbb sudah dijinakkan..sebelum ni kat ladang setiapa hari jumaat memang macam nak makan orang...

solat maghrib berjemaah..makan malam dan belah malamnya diadakan aktiviti ice breaking..selalunya aktiviti ice breaking ni kan kena kenal antara satu sama lain.tetapi kitaowg memang sudah lama kenal antara satu sama lain..pelik la kalo budak2 DPIM tak kenal dengan budak batch sendiri..sebab kami setiap hari jumaat jumpa dan berkumpul di tempat yang sama.walaupon seramai 168 org..msti kene kenal..sbb tuh lah Budak DPIM ni senonim ngn moto unnity against oddity..

aktiviti malam tuh di handlekn oleh fasilitator iaitu abang Madi..lawak giler dia ni...muka da la cm fizz fairuz..abang madi cakap dia suka lakukan aktiviti dengan budak Dpim sbb de aura.haha..malam tuh kami diberikan tugasan untuk membuat bendera kumpulan , lagu , moto , arm badge , dan cheer..masa yang diperuntukkan adalah selama 15 minit..jenuh nk fikir semua tuh dalam masa 15 minit.lagi-lagi nak buat lagu...aku gak bagi ilham kepada ahli kumpulan aku wat lagu...


Arm badge p untuk punctual dan p untuk planters

so, 15 minit berakhir..setiap ahli kumpulan present apa yang dorang dah buat..sampai lah kumpulan aku..aku sebagai ketua kumpulan. nama kumpulan aku adalah "punctual"..moto aku bukan yamaha rxz tuh..tp adalah one time 6.30 am..kenapa? sbb 6.30 am adalah planters..cheers kitaorg pulak...tik tok.tik tok..sekali dengan gaya...krinnggg...one time every time!...lagu nya pulak...we are planters kita mesti punctual 3x..


Bendera kumpulan dengan moto nya sekali on time dan
jam menunjukkan 6.30 pagi

selepas itu , kami setiap individu diberi amanah menjaga sebiji kentang.kena bawa kentang itu kemana sahaja..gi berak ke...tak kira la..kat mana-mana je..bawak je.dan task kumpulan pula..aku sebagai ketua kumpulan diberi amanah untuk menjga 5 kacang tanah..jangan hilang, rosak..dan kulitnya harus dijaga supaya tak mengelupas...pandai2 la nak jaganya macam mana...pas minum malam..tido la...


kacang yang harus dijaga


Hari kedua ( Sabtu 23.6.2012 )

Bangun pagi dalam pukul 5.00 pagi..bagun pagi tuk budak Dpim tak de masalah sangat sebb da biasa sgt bgun pagi ni..lagi2 nk ke ladang...lepas solat subuh...ada senaman aerobik..excercise sana sini..goyang sana sini..lompat sana sini...n then sarap..pas sarap..abang Madi memperkenalkan fasilitator kita yang terdiri daripada lecterur Dpim..so ada lecterur yang kenal..ada yang tak kenal sbb de lecterur baru...lecterur2 ni gk sudah dijinakkan..dr garang kepada baik...kt situ je..pgil lecterur abang atau kakak..kat uitm tak leh maa de gk kene belakung nanti..fasilitator ada dalam 11 org xsilap..abang madi memberi peluang untuk pilih mana satu fasi yang kami nak..rebut punya rebut..aku dapat puan Shampa a.k.a kak Shampa..kami bersama dengan fasi sampai petang..banyak nasihat dan aktiviti diberikan oleh fasi..best gler...last2..main air kat jeram..dengan fasi...

petang tuh dalam pukul lima kita ada aktiviti sukaneka..ingat kan sukaneka tu macam pertandingan..rupa-rupanya suka-suka je..time tgh lawan sambut belon de air..senior suruh je baling belon tuh kt pompuan..abes kelam kabut..ngn tepung2 sekli baling...best gler..enjoy abes..pastuh..ajk senior beri kebenaran mandi jeram kt area ctu..tp aku xmandi pon.tgok je..huhu..malam mcam biasa solat dan ada tazkirah maghrib..tazkirah dripada abng naz...bukan tazkirah ilmu.tp tazkirah pengalaman dia sebgai student Dpim..sbb dia dah part 6 dah..dia cerita lah..zaman kejatuhan dia...zaman dia bangkit...macam mana pahit manis dia...akhrnya dia berjaya apa yang dia nak perolehi..malam tuh juga...ada aktiviti muhasabah diri..biasa la kem kan...de yg ngis..aku xngis pon...sebak je..hehe...malam tuh juga..tido awal sbb awal pagi dalam pukul 4 de aktiviti night walk.


Hari ketiga ( Ahad 24.6.2012)

bagun pagi..dalam kul 4 pagi..4.30 pagi da kena berkumpul.diberikan taklimat sebelum aktiviti,,mata kene tutup dengan kain..jalan dalam hutan secara berkumpulan...agak jauh gak...pengalaman lalu titi...dgr burung berkicauan..dgr bunyi serannga..dengar bunyi air dr jeram..sejuk...seram..keadaan licin...curam..bnyk ranting-ranting. dan last sekali hujan turun..nasib da nk abes tracknya tuh..ingt nk solat subuh dalam hutan disebabkn hujan..so tak jadi la..lepas solat subuh...ade aktiviti merentas desa..lari sama-sama..pon da biasa..sbb pagi2 jumaat sellau lari..tapi tak de lah nk lari sangat..jalan je lebih..huhu..lepas itu aktiviti dengan kak Farah..kena buat menara setinggi pinggang kak farah..dalm masa 10 minit..t ada beban kne letak atas menara tuh..kalo jatuh failed la..huhu..10 minit kot ..mana sempat..wat je la yang mampu...yang pastinya menara aku tumbang..hahhaa

lepas itu aktivit dengan abang Madi..lastik belon dengan lastik getah..lastik la..sampai la pecah..dengan berbekalkan lima peluru seorang..ada gk yang main ngelat pape pon memang best..huhu

belah petang pula..kak farah conteng muka aku dengan water colour sebb krtua kumpulan..sebb bendera kumpulan hilang..ajk yang ambil..ciss.. dalam 4 kumpulan bendera hilang so..dia beri aku water colour tuk conteng anak buah nya muka lak..hahaha..best tol..aku conteng muka budak2 ni...gasekan...

seterusnya..aktiviti dengan abang Madi pulak.dia suruh keluarkan kentang yang kitaowg jaga dan simpan...dan suruh tebuk kentang tuh dengan straw dengan sekali tebuk..berjaya? abang Madi kata boleh...memang tak caye la...dia suruh kita tebuk dengan benda lain pulak..cm pen ke...sbnrnya ada maksud disitu....alasannya adalah..kentang tuh adlah kita...straw tuh adalah usaha kita yang biasa-biasa je..kita tak leh nak tebuk dengan usaha yang sedikit tuk mencapai dekan..so dia suruh kita gunakan alat lain yang lebih keras contoh pen..dan boleh tembus tanpa susah payah..maksudnya..pen tuh adlah usaha kita yang bersungguh-sungguh..hingga boleh mencapai dekan...see..tetapi ada juga budak yang xnk tebuk..sbb takut ada trick..tapi takde trick pon..tuh la jwpn abg Madi yang sangat kukuh kenapa kita perlu tebuk kentang tuh


kentang yang telah ditebuk

dan last sekali majlis penutup..sebelum majlis penutup..kne kemas khemah..turunkan khemah....dan letak beg di tempat beg tuk memudah kan bawa balik...majlis penutup...penghulu kami  iaitu fitri , president pg`s  abg Aizad memberikan ucapan dan ketua program kami iaitu Miss Nur Diana....beliau mengatakan program SUKAN ANTARA PROGRAM..kos DPIM dapat no dua..kalah kepada kos science...dengan kekurangan 1 pingat emas..dari segi kutipan pingat kita no satu..dan dapat anugerah khas team terbaik kejohanan...

dan last sekali kami bergambar sebgai kenangan di kem sri pilah sebelum pulang ke Uitm.

Terima kasih kepada Miss Nurdiana binti ibrahim kerana memberi peluang kepada kami untuk mengubah cara kami dengan mengadakan aktiviti kem seperti ini serta menjaga kebajikan kami dari segi akademik dan kokorikulum...tidak lupa juga kepada barisan fasilitator yang banyak memberikan ilmu yang bermanfaat dan ahli ajk yang sanggup bersengkang mata memastikan program ini berjalan dengan lancar...dan kawan dpim...berharap agar lebih maju ke hadapan..dan ingatlah kata - kata fasi.."saya tak nak lihat kamu berada di kem ini lagi..tapi saya nak lihat kamu di malam anugerah dekan",..Insya Allah










Saturday, June 16, 2012

pengalaman dan kejadian

Aslkm..w.b.t dan salan satu Blogger...hari nie aku ada kat muo lah..hahaha...seminggu naik kuliah da de kt rumah...home sick yang teramat la katakan..padahal sebelum nie 2 bulan cuti..

pengalaman ni biasa2 je..kalo org dgr n bc..tp penglaman nie melibatkan keselamatan..sbb aku dan kawan aku balik malam dari Kuala Pilah ke Muar Johor dgn menunggang motosikal...jaraknya dalam 108 km lah..kitaorg bkn nya lalu highway...tp lalu jalan kampung..boleh dikatakan kitaorg lalu kwsn felda...xde lampu jalan..hanya berpandukan lampu motosikal..

aku dan kawan aku gerak dalam pukul 10 malam camtuh lah..macam2 kita jumpa...jumpa pocong la..pontianak..mcm2..k tipu

biasa la lalu kawasan hutan kan..mula2 jumpa anjing liar..kat tengah2 jalan...lagi sikit nak kene langgar...risau gk acident kt tgh2 hutan dah r xde lampu..

then kitaorg ckt lg nak lggr biawak kot...ttbe binatang tuh lintas..nseb bek..tak lggr..beso la gk..aku nmpk cm biawak..tp kawan aku kata dia nampk cm musang,..

bawak punya bwak..jumpa r spesis x bpe nk comel cgt...jumpa babi hutan...sekor2 lintas jlan...ingtkn da xde
nk lintas..pe lg kwn aku press r minyak kuat2...ttbe kuar lg babi hutan tuh..aku dapat rasakan yang babi tuh akan  berlanggar ngn moto..tp xkene...tak memasal moto kne samak t..

kalo berkenaan cuaca plk...situasi nya agk sejuk...embun tebal...rasa cam dalam econ...

n then..sampai jugak Muar..sampai lm kul 12..2 jam duk atas moto..sampai kebas bontot...

yang kat atas ni pengalaman aku...

bawah ni plak aku cerita kejadian

pernah tengok acident depan mata..x? maksud aku accident berlaku depan2 mata...cmner kne langgar la..kiranya saksi la macam mana kejadian itu berlaku..aku cukup bertuah dapat tengok depan2 mata aku accident tuh berlaku...cmni r ceritanya..kejadian ni berlaku pada malam jumaat..boleh dikatakan dalam 4 orang accident dalam 1 hari ..boleh dikatakan semua yang accident adalah budak DPIM..budak kos aku

n aku nak cerita kejadian accident yang aku sendiri nmpk cmner kejadian itu berlaku..lepas kitaorg makan2 kat green cafe..macam biasa r balik kan...tp budak2 ni boleh pula main bola keranjag kat tengah2 jalan..bola da r lembik...main sepak2 je r...pastu time satu ketika ...kwan aku boleh pula sepak kuat2 bola tu..time tuh dia tgh col...aku xthan r bola dia tuh...sbb aku tunduk..pe lagi...bola tuh terus bergolek2 kat tengah jalan..kawan aku xsempat nk kejar sebb bola tuh pergi jauh.

n malangnya de kereta dr atas bukit nk turun.aku pon da mula riso blh accident cmni..golek n golek bola tuh terus kne langgar ngn kereta..terus masuk bawah kereta..dalam pada masa yang sama...de moto sedang cucuk angin belakang kereta tuh..kereta tuh terus break emergency..terus dak yang bawa moto tu langgr belakang kereta..teruk r gk. bhgin dpn moto ..budaknya...xde pape cgt..lutut je cedera...dak yg accident tuh  budak dpim jugak..nseb bek yang bwk kereta ngn moto tuh mg sama kos..sama part..xde r kecoh cgt

tuan punya keta tuh ckp r..sape punya bola nie..kitaorg diam je..padahal...paham2 je la..dia ingtkan dak2 kt tmpt riadah sana yang baling bola  kt tgh jln...

so kessokkan nya boleh r dikatakan kecoh gk accident tuh..smpai de budak kata..cmni..
eh semalam ko thu x de accident..hah? xtw la kt mana? ala kat depan susur gajah..yeke? cmner boleh accident..? nth la...aku dgr bola ttbe jatuh dari langit ..yeke?  padahal thu apa sebaliknya gn bola jatuh dari langit tuh..

k tuh je r nk cter..pjg2 pon bkn korang baca pon..
aslkm

Friday, June 15, 2012

minggu pertama

Assalamualaikum w.b.t.sebenarnya dah lama tak bukak blog n update entry2 terbaru pasal aku...so ary ni tergerak nk update story ckt..xbnyk pon nk udpate...ckt je..pe yg aku ingt kt kepala otak aku.aku taip..

minggu ni aku da sambung mula belajar balik dah..ingatkan minggu pertama lecterur tak msuk lg...tgok2 lecturer masuk.hampir semua kelas lec masuk..sbb sblm ni..ketua program aku da anouncement kt fb yang dia da aturkan jadual n kata..minggu pertama tuk budak dpim bkn tuk bersuka ria...

so..patut la lecterur msuk..hampir kesemua kelas..accoount pon da bljo..aku pon tkut gk ngn acount ni..sbb senior kata account ssh..so aku nk prepare awl la..tkot kne repeat pulak nanti...

pagi td aku lepak kat rumah kawan aku..tido sana...sbb pg tuh nk tgok bola kt warung...berbaloi gk tgok sbb german mng...wlpon aku xmnt cgt german,,,aku lbh kepada italy..pas tgok tuh tdo la..n pg tuh sarap n test bawak kete kwn aku..kereta manual..da lama xbwk..so..boleh dikatakan..yang x power cgt...
k tuh je nk cte bye

Wednesday, May 16, 2012

selamat hari guru


GAJI GURU NAIK 2012... Ada yang pertikai...
Respon Orang yang TAK PUAS HATI :
1. Kerja cikgu ni senang jer.
2. Kerja sikit. Cuti banyak.
HANYA ORANG YG TAK TAHU MENILAI
PROFESSION PERGURUAN SHJ YG
BERKATA DEMIKIAN. KEJA CIKGU NI
BUKANNYA MUDAH SEPERTI YANG DI
GEMBAR GEMBURKAN!!

-> Time pertandingan bola.. cikgu jd
REFEREE.. buat garisan padang... buat
persiapan padang... buat kertas kerja... jadi
PBSM tengah padang... bila murid kalah,
cikgu x pandai ajar.... kalau menang.. budak
tu pandai main...

Time budak nak bertanding apa2 acara...
cikgu jd JURULATIH, kalau KALAH, cikgu kene
kritik... cikgu x pandai ajar...

Time aktiviti KH.. cikgu jd PETANI.. Cikgu jadi
PENUKANG.. Cikgu jadi Wayar-men.. budak
tersalah ketuk... Cikgu kene marah... cikgu x
pandai jaga...

Time kutip yuran.. cikgu jd AKAUNTAN..
kalau tak cukup... cikgu dulukan duit.. bila
cikgu minta dari parent... Mak bapa cakap,
cikgu ni asyik minta duit....

Time RMT (Rancangan Makanan Tambahan
utk murid).. cikgu jd PELAYAN.. kalau murid
tak dapat RMT.... kata cikgu pilih kasih tak
bagi murid tu makan...
.
Time budak sakit.. cikgu jd DOKTOR.. bila da
tolong, kata cikgu punca anak murid sakit...

Time ceramah.. cikgu jd MOTIVATOR.. cikgu
kawal budak, cikgu buat aktiviti, cikgu kena
jaga makan minum murid... bukan sorg
murid jer...

Time hias kelas.. cikgu jd PELUKIS SENI..
cikgu cat kelas... suruh murid? habis kene
baju murid... esok dapat teguran dari
parent... ape cikgu ajar ni???

Time persembahan hari guru.. cikgu jd
KOMPOSER.. kalau sumbang, kata cikgu tak
pandai buat persembahan...

Time baiki kerusi rosak.. cikgu jd TUKANG
KAYU.. yang rosakkan kerusi anak siapa??

Time budak muntah/berak dlm kelas.. cikgu
jd TUKANG CUCI.. bagi tau ibu bapa..
jawapan.. anak saya mmg macam tu....

Time budak mencuri.. cikgu jd DETEKTIF..
nak hukum budak.. esok dapat saman dari
parent.. bila bagi tau parent... parent cakap
tak per... budak2...

Time budak wat persembahan... cikgu jd
PHOTOGRAPHER...

 yg ajar budak
persembahan.. cikgu juga... kalau terbaik...
kata budak berbakat... kalau tak elok.. kata
cikgu x reti ajar... cikgu lagi...

Time perkhemahan.. cikgu jd TENTERA..
cikgu jadi pak guard siang dan malam...
untuk pastikan anak murid sedap tidur...
cikgu mata cengkung.. orang cakap.. mmg
kerja cikgu...

Time hari kantin.. cikgu jadi PENIAGA PASAR
MALAM... bila naik kan harga sikit.. kata
cikgu nak kaut untung atas angin.. tp
sebenarnya nak kumpul dana sekolah...

Time hari Guru... cikgu jd PENYANYI..
Sambut hari guru sendiri... jadi badut depan
murid... murid hanya gelak pada hari
guru.... sapa yg d sambut sebenarnya??
















Time gotong royong sekolah... cikgu jd
TUKANG KEBUN... nak pastikan sekolah
dalam keadaan baik agar murid - murid

selesa... tapi bila murid kene gigit nyamuk
sikit.. orang datang cakap cikgu tak jaga
kebersihan...

Time masuk waktu solat.. cikgu jd TOK
IMAM.. bila anak tak solat.. tanya murid..
kenapa tak sembahyang... parent sendiri tak
sembahyang...tapi bila tanya orang, org
cakap, cikgu tak ajar di sekolah...

Time parent amek lambat... cikgu jd BABY
SITTER... bila tinggal, org salahkan cikgu tak
bertanggungjawab.. tapi bila tunggu, dan
tanya kenapa lambat... banyak urusan di
pejabat....

Time budak bergaduh.. cikgu jd HAKIM
MAHKAMAH.. bila hukum sikit... esok dapat
surat saman dari parent... sbb jentik anak
dia...

Time budak sakit kecemasan.. cikgu jd
PEMANDU AMBULANS.. kereta siapa??
kereta cikgu... minyak duit siapa?? duit
cikgu....

Time merentas desa.. cikgu jd POLIS
TRAFIK.. berpanas semata - mata nak bagi
murid merasa aktiviti...

Time budak sedih.. cikgu jd PELAWAK.. cikgu
jadi badut... bila salah sikit... esok masuk
muka hadapan berita... kata cikgu tak
pandai jaga murid... tak nampak cikgu yang
jadi pelawak tadi...

* fahamkan pekerjaan sebagai guru ni?
dialah segala-galanya !!
I Love My Teacher :) Saya tetap sayang cikgu
saya.... siapa kamu kalau bukan jasa cikgu
kamu dan keredhaan ilahi

Friday, May 4, 2012

kisah cinta ilahi


Hayati kisah dibawah ini :)

Dia duduk menghadap laptop di hadapannya. Langsung tidak menghiraukan si dia yang tengah menonton televisyen – ceramah bersama Dato Masyitah. Siaran OASIS astro itu telah pun bertukar kepada Indahnya Iman yang bermaksud akan masuk waktu ...solat. Tiba-tiba, si dia bangun dan memandang dia yang tengah khusyuk membelek laptop di hadapan. “abang, maghrib dah nak masuk. Kita jemaah ya.” Si dia yang duduk di hadapan laptop itu senyap. Tersentak sebenarnya. Mana pernah solat. Nak jadi imam?




Huh,lawak antarabangsa betul. Macam mana dia boleh kahwin dengan ustazah ini pun tak tahu lah. Salah abahlah ni, pandai-pandai nak tentukan jodoh orang. Cari yang stok tudung labuh pulak tu. Okay,salah aku juga sebab pergi teguk kencing syaitan tu sapa suruh. Okay,salah aku lagi, angkut entah mana-mana perempuan untuk hiburan. Okay,salah lagi sebab selalu je aku balik lepas subuh sebab pergi kelab dan balik mabuk.


Okay, salah aku lagi, duit syarikat abah habis aku joli kan. Banyaknya salah aku. Jadinya,abah kahwinkan aku dengan Siti Syahirah binti Hj. Amran ni. Bukan itu je, abah hantar aku dengan dia duduk dekat Kepala Batas, Pulau Pinang ni. Itu okay lagi, abah ambil kereta sport aku – dan aku kena guna kereta isteri aku ni. Abah suruh aku uruskan syarikat dia dekat ceruk ni. Nak enjoy pun tak boleh, sebab ini Pulau Pinang bukan Kuala Lumpur. Enjoylah aku dengan laptop ni. Baru sehari duduk rumah ni, aku dah nak gila. Belum seminggu lagi. Kalau sebulan? Huh.



“abang dengar tak?”. Macam cakap dengan laptop tu je. “hm,saya sembahyang dekat surau.” Ek, macam mana ayat tu keluar. Huh,surau pun aku tak tahu dekat mana. Nak lari dari jadi imam sebenarnya. “saya ikut. Jap saya siap.” Si isteri telah pun hilang di pandangan mata. Aiman tersentak. Aduh,dia nak ikut pulak. Laptop di matikan. Dia duduk di sofa sementara menanti si isteri bersiap. Fikiran ligat memikir dekat mana surau.? “abang, dah siap.” Aiman memandang isterinya yang lengkap bertudung labuh saiz 60 dengan t-shirt muslimah dan seluar track-suit. Cantik! “abang..?” Aiman tersedar. “jom.” Kunci kereta di atas meja di capai. “saya bawa kereta awak, tak kisah?” tanya Aiman ragu-ragu. Syahirah senyum. “harta saya harta abang juga.” Aiman hanya mengangguk. Dalam kereta – hanya dengar radio – hot fm refleksi.



Aiman dah tak tentu arah. Syahirah yang dari tadi perhatikan itu macam nak ketawa . Rasanya asyik ulang-ulang je jalan ni. “abang,surau belok kiri tu.” Aiman hanya diam. Malu. Kereta di belokkan pada arah yang diberitahu isterinya. Mereka telah pun tiba di hadapan surau As-Syakirin. Aiman masih tidak mematikan enjin. Syahirah pun tidak keluar lagi dari kereta. Aiman melihat dirinya yang hanya ber-t-shirt dan seluar track-suit. Aduh,mana bawak kopiah ke? Songkok ke? “err,Ira..” Syahirah menoleh. Mana ada orang pernah panggil dia Ira. Pertama kali dengar. “ya?” “okay ke saya pakai macam ni? mana tahu kene halau ke nanti?” Syahirah senyum. “jangan risau yang menilai itu Allah bukan manusia. Kalau niat kita kerana-NYA,insyaAllah. Pakaian abang ni dah okay dah ni.” Aiman terdiam. Tak pernah sebelum ini dia bercakap dengan orang masuk bab-bab agama. “jom.” Ajak Syahirah. “hmm.” Enjin kereta di matikan.


Malam itu Aiman duduk di ruang tamu menonton televisyen. Teringat tadi imam itu bagi ceramah tentang solat. “solat itu tiang agama, kalau tak solat umpama kita meruntuhkan agama.” Teringat diari isterinya yang dia jumpa tadi. Ter-baca. “saya nak suami yang soleh! Ya Allah makbulkan doa hamba.” Aku tak adalah baik sangat. Kenapalah kau kahwin dengan aku. Kesian kau dapat aku jadi suami. Aku jahil agama! aku dah jauh terpesong! Seperti ada suara yang datang dalam fikirannya ‘tapi kau boleh berubah. Allah Maha Pengampun.!’ Televisyen di hadapannya itu di pandang kosong.


Berubah? Teringat juga dia amaran abang iparnya. “aku bagi amaran dekat kau, jangan sesekali berani angkat tangan kau ni dekat adik aku, lagi, jangan pernah kau buat dia menangis.” Aiman hanya mendengar amaran keras Shahir sewaktu mereka berduaan di dalam kereta sebelum ke rumah mertuanya. “..ingat! aku dapat tahu hidup adik aku sengsara, hidup kau jugak sengsara! Jangan kau buat perangai buruk kau tu . aku dapat tahu. Aku terus pergi Kepala Batas tu. Kau faham tak?” Aiman hanya mengangguk. Huh,garang! Syahirah memandang suaminya yang duduk di sofa itu. Dia senyum. Dia ke belakang Aiman dan menutup mata Aiman dengan tangannya. “cuba teka ini siapa?” kata Syahirah dengan suara yang di buat-buat macam suara lelaki. Aiman yang tengah berfikir itu terkejut tiba-tiba pandangannya gelap. Lama. Senyumnya terukir apabila mendengar suara Syahirah. “hmmm, Tom Cruise..” main-main Aiman. “salah! Tom Cruise tak reti cakap melayu!” Aiman ketawa. “hm,Hj. Amran.” Syahirah pula ketawa. “salah! Hj.Amran dekat Johor.” “ha! Tahu..tahu..Syah!” Syahirah kerut dahi. “Syah mana?” “Syahirah.” Aiman menarik tangan isterinya agar duduk di sebelahnya.


Cepat sungguh si Syahirah ni mesra. Ingat kan stok yang pendiam. Terkejut juga tiba-tiba si isteri ini nak beramah mesra tapi saudara-mara dia ada kata yang Syahirah ini jenis yang ceria dan dia pula jenis yang boleh je ‘masuk’. “abang buat apa?” “tak ada apa-apa. Saya nak tanya awaklah..” “tanya apa?” “er..kenapa awak terima lamaran abah untuk kahwin dengan saya?” “sebab Allah.” Aiman diam sebentar. “tak faham.” “saya buat solat istiharah. Minta petunjuk dari-Nya.” Aiman senyap. Rasanya tak ada apa yang hendak di katakan lagi. Sebak tiba-tiba.


Seminggu berlalu…. “Abang,saya tak reti masak” kata Syahirah yang tengah bercekak pinggang di dapur itu. Terkejut juga Aiman.Nak makan apa kalau isterinya ini tak reti masak – hari-hari makan kedai bankruplah. Dah lah abah tak bagi duit banyak. Nak berkata sesuatu tetapi tak terluah sebab teringat ayat dalam diari isterinya. “lelaki bising perempuan tak reti masak! Habis, kalau lelaki tak reti jadi imam itu!” Walaupun ayat itu di tulis dalam diari dan bertarikh sebelum mereka bernikah lagi tetapi amat terkesan dalam hati Aiman. “macam mana ni abang?” kata Syahirah sayu. Aiman menggaru kepala. Tak tahu nak jawab apa. “tak apalah, lepas ni kita sama-sama belajar masak.”


“maaf ya abang..” Aiman senyum. “tak apa.” Aiman keluar dari dapur. Syahirah rasa bersalah. Itulah! Umi selalu suruh masuk dapur belajar masak. Buat malu je. Sedang Syahirah berfikir di bar dapur itu Aiman masuk dengan membawa laptop. “abang nak buat apa bawa laptop ke dapur?” “belajar masak guna internet.” Aiman senyum dan mengangkat kening. Syahirah senyum. “huish masin.” Komen Syahirah. Aiman mengambil gulai di hadapan isterinya itu. “abangkan yang masak ni.” Kata Syahirah lagi. Aiman rasa dan ketawa. “okay lah ni. ha,awak punya sayur campur ni tawar! Tak rasa apa-apa..” komen Aiman pula. “okay apa..” “is okay. Gulai itu banyak garam, sayur awak tak rasa apa-apa. Campur je semua. Gulai sayur.” “boleh ke macam itu?” “boleh je.” “okay..” “dah makan cepat. Nanti tak sempat nak siap pergi surau.” Aiman langsung tak sedar apa yang dia cakap.


Ajak orang pergi surau? Ajak isterinya? Huh,sejak bila jadi geng surau ni. Syahirah senyum. Dah ada perubahanlah abah ! “ustaz.” Panggil Aiman pada insan yang baru selesai mengimami solat Maghrib itu. Ustaz itu menoleh. “ya?” “saya nak…” “nak apa?” Aiman malu untuk berkata. Tapi sedaya upaya dia cuba luahkan. “anak nak apa?” “saya nak belajar agama.” Terluah juga. Ustaz itu senyum. “mari.” Selesai solat Isyak tadi Syahirah terus keluar dari surau. Lama dia menunggu Aiman di kereta.


Senyum terukir apabila melihat Aiman menghampiri bersama seorang lelaki separuh umur. “ustaz kenalkan isteri saya.” Aiman kenalkan Syahirah pada lelaki itu. Syahirah hanya senyum dan mengangguk. “baguslah. Muda-muda kahwin sama-sama pergi surau.” Aiman sentak. Walau apapun senyum paksa di beri. “Alhamdulillah ustaz, Allah beri suami yang soleh macam Aiman ni.” kata-kata Syahirah membuatkan Aiman terdiam. “Alhamdulillah, semoga kalian berbahagia hingga ke syurga.” “terima kasih ustaz.” Aiman bersuara. Ustaz itu menepuk bahu Aiman. “baiklah, saya balik dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” Jawab Syahirah dan Aiman serentak. Aiman duduk di birai katil dengan mata memandang Syahirah yang tengah mengemas bajunya ke dalam bagasi. “lamanya abang pergi..” Aiman tersedar. “hmm,seminggu je.” Ya,dia kata dengan Syahirah ada urusan kerja sebenarnya dia mahu ke pondok agama untuk belajar agama dengan ustaz yang dia jumpa sewaktu di surau kelmarin.


Rasanya dia perlu berubah. Sampai bila dia nak mengelak untuk menjadi imam dalam keluarganya. Sampai bila dia nak terus jahil. Sampai bila dia nak membiarkan isterinya keseorangan tanpa bimbingan seorang suami. Sampai bila dia nak terus hipoktrik mengikut Syahirah ke surau tetapi tak tahu apa-apa. Sudah tiba waktunya dia berubah.! “seminggu tu lama tauu..” lirih Syahirah. “pejam celik- pejam celik sekejap je tu..” “kalau pejam tak celik- celik?” tersentak Aiman apabila mendengar ucapan isterinya itu. Sudah, rasa berat pula dia nak tinggalkan si Syahirah ni. Aiman memandang Syahirah. “apa awak cakap ni..” lembut dan ada nada risau di situ. Syahirah ketawa halus. “gurau je lah. Abang ni cepat betul sentap.” Aiman diam. “tak yah lah kemas beriya-iya. Nanti yang lain saya kemas.” Isterinya tarik muncung. “tak mau lah, nanti kurang pahala.”


Sudah dua hari Aiman di pondok agama itu. Memang air matanya di situ asyik mengalir sahaja. Teringat dosa lampau yang pernah di buat. Ya Allah… banyaknya dosa hamba. Selesai solat berjemaah dengan rakan-rakan di pondok, dia menelefon isterinya. Salam berbalas. “awak sihat?” Aiman duduk di tangga surau papan itu. Syahirah bersuara riang. “Alhamdulillah sihat. Abang tak rindu saya ke? Dah masuk hari kedua baru nak call? Abang tahu tak saya bosan duduk rumah sorang-sorang? Saya dah dua hari tak sembahyang jemaah tau? ” Aiman hanya senyum mendengar coleteh si isteri. “..ha, lagi satu abah kata abang mana ada kerja luar, baik abang cakap abang pergi mana?” tiba-tiba suara Syahirah bertukar sebak. “..saya tahu,saya bukan sapa-sapa dekat abang, tapi tak patut abang tipu saya..” air mata Syahirah mengalir. Aiman terdiam. Syahirah juga diam. Terkejut Aiman tiba-tiba terdengar esakkan. “awak nangis ke?” Diam lagi. “awak, saya…” Syahirah memintas. “tak apa. Saya faham.” Air matanya di seka. “ abang sihat tak?” “Alhamdulillah sihat.” Diam. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah.


Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman ketawa. “next?” “..kalau terjaga pukul dua tiga pagi, solat tahajut..” Aiman hanya mengangguk. “lagi?” “..selalu beristigfar” “okay. Lagi?” “..ingat Allah dalam setiap perbuatan.” “alright, next?” “sentiasa berselawat.” “okay.” “abang ni last.” “apa dia tu?” soal Aiman lembut. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Aiman senyap sekejap. “sure.” Dari jauh Aiman telah nampak senyuman isterinya di hadapan pintu. Selesai membayar tambang teksi Aiman mengheret bagasi berodanya. Syahirah telah pun keluar menyambutnya siap bertudung. Mereka bersalaman. “Assalammualaikum,awak.” Sapa Aiman. “waalaikumsalam,abang.” Nada ceria. Syahirah bersalaman dengan Aiman. Terpegun juga dia melihat Aiman yang hanya bert-shirt kolar dan berseluar slack serta berkopiah (mungkin Aiman tak perasan).


Wajah Aiman seolah ada sinar keimanan. Sangat tenang! Aiman perasan isterinya memerhatikannya. “er,,awak pandang apa?” Syahirah tersentak. “eh, tak.. abang nampak lain.” “apa yang lain?” Aiman memandang dirinya dan baru perasan akan kopiah di kepalanya. “oh..” jawab Aiman dan menarik kopiahnya. “jom masuk.” Mereka beriringan ke ruang tamu. Aiman telah pun duduk di sofa sementara Syahirah pergi membuat air di dapur. Mata Aiman menebar ke seluruh ruang tamu. Kemas dan bersih.


Walaupun rumah itu kecil tetapi sangat selesa. Entah. Dulu tinggal dekat villa abah tak pernah rasa selesa dan tenang. “abang nah..” lembut Syahirah menghulurkan gelas itu pada suaminya. Aiman menyambut. “thanks.” “abang, nak tahu tak?”dia duduk bawah melutut depan Aiman yang duduk di sofa itu. “hmm?” Aiman merenung Syahirah. Dia sudah faham dengan sikap Syahirah yang peramah dan banyak cakap ini. Kadang-kadang macam budak-budak. “ada sinetron baru tau.” Berkerut dahi Aiman. “oh, apa benda tu?” “apalah abang ni. itu cerita drama bersiri Indonesia. Tajuknya cinta fitri.” “oh..” gelas di letak di atas meja. “kenapa dengan cerita tu?” “best.” Syahirah senyum hingga nampak lesung pipitnya. Comel! Walaupun penat Aiman masih lagi melayan. “ apa yang best?” “lagu.” Ek.. “oh.. jalan cerita tak best.?” sungguh, ini baru pertama kali dalam hidup Aiman berbual mengenai drama Indonesia. “best jugak tapi sedih.” “kenapa?” “entah. Abang nak dengar lagu tema cerita tu.?” “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga.


Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. Inilah aku apa adanya Yang ingin membuatmu bahagia Maafkan bila ku tak sempurna Sesempurna cintaku padamu “saya baru download tadi..” Syahirah senyum. Aiman turut senyum.


Sungguh dia tak pernah buat benda luar alam untuk melayan lagu dari seberang. Ini cintaku apa adanya Yang ingin selalu di sampingmu Ku tahu semua tiada yg sempurna Di bawah kolong langit ini “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” Jalan kita masih panjang Ku ingin kau selalu disini Biar cinta kita tumbuh harum mewangi Dan dunia menjadi saksinya Untuk apa kita membuang-buang waktu Dengan kata kata perpisahan Kedua-dua mereka melayan perasaan dengan lagu itu. Tanpa di sedari Aiman telah melatakkan tangannya di bahu sofa dan spontan menarik isterinya ke dalam pelukkannya. Khusyuk melayan lagu.


Demi cinta kita aku akan menjaga Cinta kita yg telah kita bina Walau hari terus berganti hari lagi Cinta kita abadi selamanya… Aiman tersentak apabila terdengar azan. Pantas dia menarik earphone itu. Dia menoleh ke kiri. Syahirah dah tidur. “eeerr.. awak…” Aiman cuba mengejutkan isterinya lagi. “awak…bangun. Dah azan Asar ni..” Syahirah bangun dengan mengosok matanya. “abang saya ABC la. Abang solat lah..” Aiman pelik. Apa benda pula dia nak ABC ni. “awak, dah Asar. Kalau nak makan ABC jap lagi kita keluar.” Syahirah memandang Aiman.


“Allah Bagi Cuti. Sakit perempuan.” Aiman teragak-agak. “oh.. haa. Okay. Saya solat dulu.” Aiman telah pun bangun untuk menuju ke bilik. “abang.” Langkah Aiman mati. Dia menoleh. “doakan rumah tangga kita sampai syurga.” Syahirah senyum dan gaya menadah tangan. “sure.” “abang,saya nak cari buku masak..” Aiman hanya mengangguk dengan tangannya yang ada dua beg kertas barang yang dia beli dan Syahirah beli tadi. “..nanti jumpa abang dekat kaunter lah.” Kata Syahirah lagi dan terus berlalu. Aiman hanya senyum dan menghantar dengan pandangan mata. Aiman berjalan ke buku-buku Islamik. Terdetik hatinya tafsir Al-Quran. Aiman pergi ke kaunter pertanyaan dalam kedai buku itu.


“ada boleh saya bantu encik?” “hm, ada tafsir tak? Hmm.tafsir Al-Quran?” “maaf encik tiada stok.” Aiman senyum paksa. “okay. Thanks.” Kenapa tiba-tiba rasa sebak ni. Tiba-tiba, Syahirah datang. “ abang tak beli apa-apa?” “tak. Awak dah jumpa buku?” Syahirah senyum dan menunjukkan buku itu pada Aiman. “tadaaa… nanti kita try dekat rumah ok?” “okay.” Aiman membayar buku itu. Sewaktu mereka telah keluar dari kedai buku itu. Pekerja kedai buku itu berbisik. “wah,romantiknya mereka!” “tahu tak apa. untungkan wanita itu dapat suami yang punya lah handsome dan baik!” “mana kau tahu baik?” “tadi dia nak beli tafsir Al-Quran.” “oh, memang padanlah. Perempuan itu pun alim je.” “sweet kan. Suami dia just pakai t-shirt berkolar dan seluar slack, isterinya just pakai baju kurung dengan tudung labuh. Baju dorang warna match. Jalan pegang tangan” “superb! Romantic!” “kan Allah S.W.T telah berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26) “betul-betul.”


Aiman sibuk membuat kerjanya di ruang tamu. Lama dia bercuti selepas pergi ke pondok hari itu. Justeru, banyak kerja yang perlu di lakukan. “abang..” sapa Syahirah manja. Aiman senyum. “kenapa?” “nah..” Syahirah menunjukkan sesuatu pada Aiman. Aiman mengambil dan berfikir. “birthday saya rasanya belum lagi..” “abang buka lah dulu. Saya dah ngantok. Jangan tidur lewat-lewat tau. Nanti dah masuk bilik tolong perlahankan air-cond. Nite abang. Assalammualaikum.” Syahirah nampak penat. Mana tidaknya sehari suntuk berjalan. Setelah Syahirah masuk ke bilik. Perlahan-lahan Aiman membuka balutan itu. “subhanaALLAH, tafsir Al-Quran..” terasa macam nak mengalir air mata Aiman. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Aiman turn off laptopnya. Kertas-kertas yang bertaburan di perkemaskan. Setelah selesai berkemas bahan-bahan kerjanya Aiman mengambil tafsir itu dan masuk ke bilik. Samar-samar. Hanya lampu di sisi katil sahaja yang menyala. Dia lihat Syahirah sudah lena tidur.


Mungkin penat sangat. Aiman senyum. Dia meletakkan tafsir itu di atas meja make-up. Seluar di lipat. Aiman menuju ke tandas. Dia perlu melakukan sujud syukur kerana dia memang beriya-iya hendakkan tafsir Al-Quran itu. sewaktu pekerja kedai itu mengatakan sudah habis stok dia seakan kecewa teramat, entah. Tidak tahu kenapa perasaan itu timbul. Sungguhlah kemanisan iman itu sungguh manis. “Aiman!! Kamu nak jadi apa ha ni!” tengking Dato Rahimi merangkap abahnya. Aiman hanya tunduk. Sejak menjadi suami Syahirah dia banyak sangat mendiamkan diri. Dia tak banyak cakap.


Selepas pulang dari pondok agama hari dia tak cepat marah atau melenting. “kamu dengar tak ni?! hari tu kamu pergi mana? Kamu buat hal lagi ya? ni akaun syarikat kenapa jatuh teruk ni!” Dato Rahimi mencampak fail itu di meja pejabat Aiman. “abah, ekonomi dekat sini buat masa ini tak stabil..” Dato Rahimi memandang sinis anaknya. “bukan kamu joli kan semua duit tu?” “Abah..” “dah! Abah tak tahu kamu buat macam mana, abah nak kamu settle kan semua bil-bil ni! “ Tercengang Aiman mana dia ada duit banyak tu. “abah, saya tak da duit banyak tu.” “abah tak peduli. Kamu buat apa yang patut!” Dato Rahimi terus keluar dari pejabat itu. Terduduk Aiman. Ya Allah… tiba-tiba telefon Aiman berbunyi. Shahir. Ada apa abang iparnya ini telefon. “Assalammualaikum.” Lemah Aiman menjawab. “waalaikumsalam, weh Aiman. Kau balik rumah kau sekarang.!” “er, kenapa along?” “kau balik je!” Tersentap Aiman tatkala talian di matikan. Tak tahu pula dia yang abang iparnya ini datang Kepala Batas. Ada apa ya?


Aiman mengambil briefcasenya. Satu, satu masalah dia dapat. Laju Aiman memandu kereta isterinya itu. Hari ini Syahirah tak kerja cuti sekolah jadi dia pun cuti lah. Syahirah seorang ustazah yang mengajar subjek Sirah. Justeru, Syahirah menyuruhnya membawa kereta dia. “Along.. tolonglah jangan buat kecoh dekat sini..” rayu Syahirah. “eh, kau diam lah dik..” Aiman melangkah masuk ke rumah. “Assalammualaikum.” “hah, sampai pun kau..” Aiman menghulurkan tangan untuk bersalam dengan abang iparnya tetapi lelaki itu tidak melayannya. Aiman menarik kembali tangannya. “kenapa along?” “aku nak bawak Syahirah balik..” Sentap Aiman mendengar. Matanya memandang Syahirah yang telah pun berair mata. “..ta..tapi kenapa?” “kenapa kau tanya? Kau tahu tak? Aku pergi dapur, tak ada makanan langsung! Macam mana kau sara adik aku ha? Lepas tu, aku dengar syarikat kau dah muflis kan?!” herdik Syahir. Sebak Aiman dengar. “along tak boleh buat macam ni..” “apa tak bolehnya! Tak akan kau nak adik aku sara kau pulak! Aku ingatkan abi kahwinkan kau dengan dia kau dah berubah rupanya hampeh je.” “along,kenapa along cakap macam tu?” Syahirah yang tadi berair mata membela Aiman. “kau diam. Dah sekarang aku nak bawa dia balik dekat rumah keluarga kami!” Syahir menarik tangan Syahirah.


Syahirah sedaya upaya menarik kembali tangannya. “saya tak akan pergi! Tempat seorang isteri di sisi suami!” “hoi, Aiman. Baik kau izinkan. Tak akan kau nak biar isteri kau ni mati kebulur.!” Marah Syahir lagi. Ya Allah, tabahkan hati hamba. Habis satu masalah di pejabat sekarang masalah isterinya pula. Betul juga apa yang abang iparnya cakap. Dia nak bagi makan apa dekat isterinya ini. Memang kali ini dia muflis tersangat! “abang..tolong…” sayu Syahirah meminta pertolongan Aiman. “saya izin..” sebak. “..saya izinkan awak balik.” Terus Syahir menarik adiknya keluar. Air mata Aiman jatuh juga. Mata di pejam. “abang….” Teriak Syahirah sayu sempat menoleh Aiman yang membelakanginya. Aiman terduduk. Ya Allah beratnya dugaan-MU…


Aiman baru selesai solat Maghrib. Sayu hatinya melihat rumahnya itu sunyi. Memang dia tidak ke surau. Rasa nak demam je. Puas dia memikirkan macam mana nak dapat duit nak selesaikan bil-bil nya. Sedang dia termenung di atas sejadah itu telefonnya berbunyi. Terus button hijau di tekan tanpa melihat nama pemanggil. Aiman terkejut mendengar esakkan di talian itu. “awak..” Esakkan itu masih lagi berbunyi. “Ira..awak..” “sampai.. sampai hati abang..” Aiman senyap. “saya buat macam ni agar awak senang…” “tak ada istilah senang kalau saya kene tinggalkan abang sorang- sorang lalui kepayahan.” “awak tak faham..” sayu Aiman jawab. Suara serak Syahirah berbicara lagi. “abang… biarlah susah senang kita bersama.” Aiman senyap. “abang,tolong lah abang. Saya nak jadi isteri yang solehah.” Aiman masih lagi senyap. Air matanya mengalir. Terharu dengan kata-kata isterinya. Di saat semua orang menyalahkannya tapi Syahirah tidak. “abang…tolong jangan senyap macam ni.. saya bersalah sangat ni..” “sayang tak perlu rasa bersalah.” Terdiam Syahirah. Ya Allah…. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim) Aiman beristigfar. Mata di pejamkan seketika. “sayang..abang betul-betul tak kuat..” buat pertama kalinya kalimah abang itu terluah juga. “abang, tolonglah. Saya nak berada di samping abang saat susah dan senang.” “tapi abang tak kuat nak berhadapan dengan along dan semua orang.” “abang, along hanya insan biasa. Abang ada kuasa untuk membawa saya kembali.…” Aiman hanya diam. “istikharahlah abang, minta petunjuk-NYA…. Assalammualaikum.” Syahirah dah tak sanggup nak berbicara lagi. Talian di matikan. Aiman menarik nafasnya. YA ALLAH…… lagu untuk entry ini, click lah =)


Nasihat Nabi s.a.w kepada Ali r.a Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Jujur dalam berkata-kata. 2) Menjauhi segala yang haram. 3) Merendahkan diri. Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Merahsiakan ibadahnya 2) Merahsiakan sedekahnya. 3) Merahsiakan ujian yang menimpanya. Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Takut berlaku dusta dan keji. 2) Menjauhi kejahatan. 3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 1) Mengawasi dirinya. 2) Menghisab dirinya. 3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


“Assalammualaikum..” Aiman menoleh. “waalaikumsalam, eh ustaz.” Mereka bersalaman. Ustaz itu senyum. “baca artikel apa itu?” “Nasihat Rasulullah pada Ali.” “oh, Alhamdulillah. Dari tadi ustaz nampak kamu duduk sini. Tak balik?” Aiman senyum. “tenang duduk dekat masjid ni.” “dari Subuh tadi. Dah nak masuk Maghrib ni, isteri kamu tak ikut?” Aiman sentap. “hm,dia balik kampung.” “oh..eh, ustaz nak pergi toilet sekejap. Kamu bacalah buku ini dulu.” Aiman menyambut lembut buku nota kecil itu. Tangannya menyelak muka surat pertama. Yakin pada Allah bukanlah mengharap terkabulnya segala harapan, Yakin pada Allah adalah meletakkan keredhaan pada ketentuan-Nya, Rasa bahagia dengan ujian walaupun perit, Air mata yg menitis terasa bernilai buat menyiram api neraka, Indahnya tarbiah Allah,tersiram rahmat dan hikmah, Diuji kita sebagai tanda sayang-Nya…. Terkedu Aiman. Ya Allah… Telah dua hari dia tidak berjumpa dengan isterinya. Tipu kalau dia kata dia tak rindu pada wanita yang banyak mengubah hidupnya itu. Memang perit sangat dia rasa. Urusan syarikat pula berkerja keras dia agar dapat projek untuk membayar semua bil-bil syarikatnya. Abah memang dah tak nak tolongnya. Yelah, dulu banyak kali abah tolong, tapi dia yang mensia-siakan. Tapi itu dulu… sekarang lain…


Assalammualaikum, abang dah makan? – Syahirah.

Aiman membaca message itu dan senyum. Dia tahu Syahirah tidak mahu bercakap voice to voice dengannya. Merajuk tapi still tanya khabar melalui pesanan ringkas (sms). Comel je isterinya itu merajuk.

Waalaikumussalam, Alhamdulillah sudah. – Aiman

Lepas beberapa minit.

Syarikat abang dah okay? – Syahirah.

Doakanlah ada projek yang masuk. – Aiman

Solat Dhuha lah abang. Solat itu membuka rezeki. insyaALLAH, kalau kita sabar berdoa dan berusaha Allah akan tolong. – Syahirah.

Aiman senyum membaca message itu. insyaALLAH. – Aiman.


“Assalammualaikum, abi.” Aiman menelefon ayah mertuanya, Haji Amran. “waalaikumsalam. Aiman, kenapa ni?” nada risau. “abi,saya… saya..” tak terluah oleh kata-kata. “Aiman, abi faham. Sekarang kamu buka email kamu. Abi ada hantar satu video. Kamu hayati dan kamu fikir lah baik-baik. Bersabar ya Aiman.” “terima kasih abi.” Selepas salam berbalas. Talian di matikan. Syukur,abinya seorang yang memahami. Aiman membuka emailnya. Abinya agak moden kerana seorang dekan di sebuah university terkemuka di tanah air. Wajarlah, alongnya tak mahu adiknya Syahirah itu hidup melarat. Matanya tertala pada email versi video itu. kamu hayati dan kamu renung2kan lah. Kesian, abi tengok Syahirah. Dia sangat memerlukan kamu. Air matanya jatuh lagi saat melihat video itu. Sungguh, dia hampir melepaskan tanggungjawabnya sebagai seorang suami. Astarfiruallahalazim.

Erat Syahirah memeluk suaminya saat Aiman masuk ke dalam rumah abinya tadi. Haji Amran hanya senyum melihat mereka. “abang please.. jangan tinggalkan saya lagi..” esak Syahirah. Aiman yang terkedu itu mengesat air mata Syahirah. “shhtt, abang dah datang ni. jangan nangis lagi ya.” mata mereka bertentangan. Syahirah mengangguk dan memandang abi dan uminya. “jaga dia baik-baik Aiman.” Pesan Hj. Amran. “terima kasih abi, umi..” sayu sahaja Aiman bercakap. Teringat nasihat abinya itu. Mujur alongnya ada conference dekat Seoul,Korea. Tak perlu dia berdebat dengan alongnya itu. Terima kasih Ya Allah, KAU permudahkan urusan ini. “kami balik dulu abi, umi.” Aiman bersalaman dengan kedua mertuanya itu di turuti Syahirah. “Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.” “saya sayang abang.” Luah Syahirah sewaktu mereka dalam kereta perjalanan untuk pulang ke rumah. Aiman yang tengah memandu itu senyum. “saya pun sayang awak juga.” Syahirah senyum senang. “Ira…” panggil Aiman. “ya?” Syahirah memandang suaminya yang tengah memandu itu. Aiman diam sekejap. “thanks.” “thanks untuk apa?” “sebab awak saya dah banyak berubah.” Syahirah ketawa kecil. “bukan saya lah tapi Allah. Allah yang ketuk pintu hati abang.” “tapi kalau abang tak jumpa inspirasi hati abang ni, abang tak berubah..” kata Aiman. Syahirah senyum. “saya hanya pengantara je. Semua itu telah tertulis di Luh Mahfuz.” Aiman mengangguk dengan mata yang masih lagi focus memandu. “thanks lagi sekali.” Dahi Syahirah berkerut. “untuk apa pula?” “settlekan bil-bil syarikat tu..” “kita suami isteri kene saling membantu.” “mana Ira dapat wang banyak macam itu?” Syahirah senyap. Sebenarnya itu wang yang di kumpul sebelum kahwin lagi untuk dia menunaikan haji dan untuk kos perubatan barah hatinya yang dia rahsiakan daripada abi,umi dan along . Dia bersyukur Allah beri penyakit itu, dia rasa beruntung kerana dia akan sentiasa mengingati mati dan bertaubat atas setiap kesalahannya. Biarlah,hanya dia dan Allah yang tahu derita bahagia ini. Aiman memandang Syahirah sekilas.


“sayang..mana awak dapat wang banyak macam itu?” Syahirah terkelu. “hm,rezeki Allah.” “dari mana? Tak akan turun dari langit kot?” soal Aiman lembut. “abang, jom kita makan dekat restoran tu, lapar pula rasanya.” Syahirah menunjuk ke arah sebuah retoran di sebelah kiri itu. Aiman terus lupa apa yang dia soal tadi. Kereta di belokkan. Sewaktu makan di restoran itu mereka bertukar cerita dan ketawa. Tiba-tiba , Syahirah terbatuk. Aiman terkejut. Syahirah terkejut tangannya berdarah selepas dia menutup mulut tadi. Aiman terus menerpa ke arahnya. “awak.” Terkelu lidah Aiman sewaktu melihat darah itu. Syahirah senyum. “biasalah ni, panas tu yang berdarah tekak tu.” “kita pergi klinik.” Syahirah dah pening. “tak apa. Ni panas ni. Dah biasa.” “no… nampak serious ni.” ujar Aiman yang melutut di sisi Syahirah yang duduk di kerusi itu. Syahirah ketawa perlahan yang di buat-buat. “abang ni, panas je lah ni. saya nak pergi toilet jap.” Sedaya upaya Syahirah cuba melangkah. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. Sakitnya Ya Allah. Aiman tak tahu nak buat apa. Hanya dengan pandangan dia menghantar isterinya itu. Sebak tiba-tiba hatinya. Ya Allah, semoga semuanya baik-baik sahaja.

 “abang, bangun..” Syahirah menggerakkan Aiman di sebelahnya. “..Encik Aiman, bangun..” kejut Syahirah lagi. Kenapa tak bergerak ni. Kuat Syahirah menggerakkan Aiman lagi. “abang….abang.. bangun…” Aiman membuka matanya perlahan-lahan. “hmm, kenapa sayang?” “abang,jom buat qiamullai berjemaah. Kita tak pernah qiamullai berjemaah.” Aiman duduk menghadap Syahirah. “dah pukul berapa?” “hmm, 4.30 pagi.” “jom.” Ajak Aiman. Kini, dia telah yakin untuk menjadi imam tidak sia-sia dia ke pondok agama hari itu. “..sayang ambil wudhuk dulu..” “okay.”


Sebelum turun dari katil sempat Syahirah mencium pipi Aiman. Terkejut juga Aiman. “mimpi ke reliti ni?” seloroh Aiman dan memegang pipinya yang di cium tadi. Syahirah hanya ketawa halus dan masuk ke bilik air. Selesai berqiamullai dan membaca doa Aiman bersalaman dengan Syahirah. “abang,saya nak minta maaf kalau saya ada terkasar bahasa dan menyakitkan hati abang.” Seperti biasa Syahirah akan sentiasa memohon kemaafan pada suaminya selepas solat. “..halalkan semua makan minum.” Aiman menarik Syahirah dalam pelukkannya. “abang pun nak minta maaf tersalah kata dan menyakitkan hati awak. Abang, minta halal juga semuanya ya.” dahi isterinya di cium. “Allah makbulkan doa saya untuk dapat suami yang soleh.” Kata Syahirah dan senyum. Aiman hanya senyum.

 “hm, nak ikut abang Subuh dekat surau tak?” Syahirah geleng. “boleh ea abang. Saya nak sembahyang dekat rumah je. Letihlah.” Aiman mengangguk. “oklah. Nanti abang belikan sarapan.” “okay, saaaaayang abang !” lirih Syahirah dan senyum. “sayang awak juga.” Aiman memasukkan keretanya ke dalam porch rumah selepas pulang dari surau. Sebelum keluar dia mengambil plastik yang mengandungi dua bungkus nasi lemak. Aiman keluar dari kereta.


PRRRANGGGGG!!!!!!!! Terkejut Aiman mendengar pinggan pecah. Terus dia berlari masuk ke rumah. Aiman ternampak kelibat dua orang berbaju hitam dan bertopeng. Pantas dia cuba mengejar dua makhluk yang pecah masuk rumahnya itu. Dia berlari ke dapur. Terkejut Aiman sewaktu dia ke dapur. Darah berlimpahan. Isterinya. “Sayang !!!!” jerit Aiman melihat Syahirah yang menahan sakit akibat di tikam dengan pisau. Aiman cuba mencari dua orang kelibat tadi, tapi malangnya ada orang telah menerkup mulutnya dengan kain yang mengandungi bahan kimia yang membuatkan Aiman tidak bernafas dan pengsan.



**********



Aiman terpisat-pisat bangun. Kepalanya seakan sakit. Sewaktu mata terbuka dia terdengar suara orang yang hendak masuk ke rumah. Matanya beralih ke kiri. Ya Allah. “sayang..” Aiman memangku Syahirah yang lemah itu. Entah macam mana dia boleh memegang pisau. Aiman mencampakkan pisau itu. “ha, ini tuan yang membunuhnya!” terkejut Aiman tatkala anggota polis masuk ke dalam rumahnya. “bukan saya.” “dah bawak dia. Cuba periksa nadi mangsa.” Tangan Aiman bergari. “bukan saya!..” Aiman terkejut melihat abahnya juga turut di disitu. “Abah! Bukan Aiman!!! Abah!!” anggota polis itu membawa Aiman keluar rumah.

Abahnya hanya menggeleng dengan air mata berlinangan. “kalau kamu tak suka dia pun janganlah sampai macam ni…” sayu abahnya berbicara. “bukan Aiman bah!!” Sewaktu keluar. Memang dah ramai orang di luar rumahnya. Aiman memandang abi,umi dan alongnya. “abi, bukan saya, umi!!” meronta-ronta Aiman. “sedangkan orang gila tak mengaku dia gila, inikan kau yang waras nak mengaku kau bunuh adik aku!” herdik abang iparnya yang mata merah mungkin sebab menangis. Aiman cuba meronta. “bukan saya! Abi!! Umi!! Percaya saya..” “cepat bawa dia!” arah alongnya. Ya Allah dugaan apa yang KAU berikan ini. Ya Allah izinkan hamba dapat berjumpa dengan isteri hamba. Ya Allah…………. Semoga dia selamat. Air mata Aiman jatuh tika pandangan rumahnya makin hilang. Sayang… Bantu hamba Ya Allah……… Haji Amran melawat menantunya di penjara. “abi..percayalah saya..” Haji Amran senyum. “sabar Aiman, kebenaran akan terungkap, bersabarlah..” “abi, macam mana keadaan Syahirah?” Haji Amran senyap. Air matanya bergenang.


Sebak dadanya. “abi kenapa dengan isteri saya?” Haji Amran hanya senyap dan senyum terpaksa. “bersabarlah Aiman, berdoa banyak-banyak. Doa itu senjata muslim gunakan sebaik- baiknya.” Haji Amran bangun dari kerusi itu. “abi,jawab saya abi. Syahirah macam mana?” mengalir air mata Aiman tatkala ayah mertuanya tidak menjawab soalan. “abi,kene pergi dah ni. banyak-banyakkan bersabar. Ingat Allah sentiasa. Assalammualaikum.” Haji Amran terus keluar dari bilik itu.

 Lemah lutut Aiman mendengar kata-kata abinya itu. Ya Allah, hamba tak kuat….. “abang, cuba tengok kertas yang saya tampal dekat meja study saya itu..” Aiman bangun dan menuju ke meja tempat isterinya melakukan kerja- kerja. “cuba abang baca..” Rasulullah saw. bersabda: “Mukmin yang kuat lebih baik dan lebih dicintai oleh Allah daripada Mukmin yang lemah. Segala sesuatunya lebih baik. Tampakanlah terhadap hal-hal yang bermanfaat bagimu dan minta tolonglah kepada Allah dan janganlah engkau menjadi tak berdaya.” (Muslim)

“Encik,saya nak sejadah dan tafsir Al-Quran..” kata Aiman pada warden yang menjaganya itu. Alhamdulillah,sepanjang dia di penjara itu. warden-warden di ditu berlembut dengannya. Terima kasih Ya Allah, KAU melindungi aku. Aiman membuat solat sunnat. Selepas itu dia membaca Al-Quran. ‘Al-Quran, the love letter from Allah’ – isterimu. Air matanya terus mengalir sewaktu membaca ayat-ayat suci itu. Basah tafsir itu dengan air matanya. Allah…


Belajar DIAM dari banyaknya BICARA Belajar SABAR dari sebuah KEMARAHAN Belajar KESUSAHAN dari hidup SENANG Belajar MENANGIS dari suatu KEBAHAGIAN Belajar KEIKHLASAN dari KEPEDIHAN Belajar TAWAKKAL dari UJIAN Belajar REDHA dari satu KETENTUAN..


“Alhamdulillah.” Berulang-ulang ayat itu keluar dari mulutnya. Haji Amran hanya senyum melihat wajah menantunya itu. “bebas juga saya abi..” kata Aiman. “Alhamdulillah, Allah tunjuk kekuasaanNYA dengan anggota polis yang menemui kain yang menerkup kamu itu dan dompet perompak yang tercicir itu.” Aiman senyum. Terima kasih Ya Allah. “abi,jom jumpa Syahirah.” Bicara Aiman ceria. Haji Amran tersentak. Dia hanya mengangguk. Aiman duduk di bahagian sebelah memandu. Abahnya telah berangkat ke umrah, sebagai tanda bersyukur Aiman tak bersalah. Aiman hanya senyum sepanjang jalan. Tak sabar hendak bertemu isterinya. Rindu. Hampir sebulan dia tak bertemu. Haji Amran berhenti di hospital.


Aiman terkejut. “abi, kenapa di sini?” “turun dulu Aiman. Jom.” Ajak Haji Amran. Aiman hanya menuruti. Sewaktu tiba di depan wad Aiman terkejut melihat ramai orang. Dia merenung dari luar sebuah bilik itu. Dia nampak abang iparnya dah duduk menangis. Dia nampak uminya tengah menangis. Dia nampak doctor. Perlahan Aiman melangkah ke arah bilik itu. “maaf, dia tak dapat di selamatkan.” Lemah lutut Aiman dengar. Bukan. Salah ni. Aiman menghampiri katil itu. “barah hatinya dah kriktikal, effect. Dia tak dapat nak survive. Bersabarlah.” Kaki Aiman hampir di tepi katil itu. Ya Allah… Air matanya cuba di tahan. Sakit! Dia lihat Syahirah baring tenang di atas katil itu. Aiman mengangkat sedikit kepala isterinya itu dan di kucup dahi isterinya lembut. Selepas itu, kakinya sangat lemah. Ya Allah beratnya ujian ni.. “TAK!!!!!” jerit Aiman dan terduduk. Dia menangis. Haji Amran menenangkan menantunya itu. “sabar Aiman…bawa mengucap.” “bukan Ira abi..bukan dia…” tangis Aiman. Haji Amran mengusap bahu Aiman. “dah di tentukan ajalnya..” sebak Haji Amran.


“tak…tak…bukan dia..” sayu Aiman mengungkap. Sekali lagi dia memandang wajah jenazah isterinya itu. Sakit. Ya Allah sakitnya rasa ini. Sakit sangat! Kenapa Ya Allah. Syahirah………. Air mata lelakinya deras mengalir. video cinta kita – click sini =) “lagu apa?” “tajuknya Cinta Kita nyanyian Teuku Wisnu dan Shireen Sungkar” Syahirah mengambil mp3nya di almari yang terletak di ruang tamu itu juga. Aiman hanya memerhati. “ .. haa, nah..” dia menghulurkan earphone pada Aiman. “hm, awak ambil satu..” kata Aiman dan menghulurkan sebelah lagi pada isterinya. “..er..kita dengar sesama..” teragap-gagap Aiman. “ok.” Ceria Syahirah menyambut earphone itu. Aiman menarik tangan Syahirah agar duduk di sebelahnya. Mudah untuk dengar mp3 itu. “Abang kita jadikan lagu kita nak?” Aiman diam seketika. Huh, lagu ni rasa macam nak nangis je Aiman dengar. Tak tahu kenapa. “hmmm.” kenapa harus begini…..


Aiman menutup buku agama yang di bacanya itu. Buku itu di letak di sisi katil. Pelipisnya di gosok. Ya Allah. Sedar tak sedar hampir masuk setahun setengah Syahirah pergi menemui Ilahi. Sungguh, hampir 5 bulan dia cuba kembali ke reality. Abah dan abinya puas meredhakan hatinya. Puas mereka menghantarnya berubat. Waktu itu, hanya tuhan sahaja yang tahu bertapa sedihnya dia kehilangan orang yang di sayangi dalam sekelip mata. Benarlah, ajal maut ketentuan tuhan. Akhirnya, dia akur. Setiap hari tak pernah dia lupa untuk membacakan Yassin untuk isterinya. Isterinya yang solehah. Inspirasi Hatinya. Aiman turun dari katil dan keluar dari biliknya. Kini, dia kembali tinggal bersama abah dan mamanya di villa mereka. “Aiman, nak pergi mana?” Dia senyum. “ma..” Aiman menghampiri mamanya dan di cium tangan wanita itu. “nak keluar.” “pergi mana malam-malam ni?” soal abahnya pula. Aiman bersalaman dengan abahnya pula. “hm, pergi masjid. Aiman pergi dulu. Assalammualaikum.” “waalaikumsalam.”


Aiman meletakkan kereta sportnya di hadapan masjid itu. Senyumnya terukir. Dia keluar dari kereta. Kaki melangkah masuk di pintu utama masjid. Setelah berwudhuk. Aiman melakukan solat sunnat masuk masjid. Setelah itu dia melakukan solat sunnat taubat dan solat sunnat yang lain. Selesai melakukan solat dia membaca Al-Quran pula. “Assalammualaikum.” Sapa seorang lelaki separuh umur. Aiman memberhentikan bacaannya. “waalaikumsalam.” “anak musafir ke? Dah lewat malam ni.” Aiman senyum. Dia tahu dah hampir 12 tengah malam. “saya ingat nak tidur sinilah pak cik.” “oh, kalau begitu pak cik balik dulu lah ya.” Aiman mengangguk. Setelah hampir satu juzuk Aiman baca matanya sudah mahu terlelap. Aiman menyimpan semula Al-Quran itu ke rak. Sejadah di ambil untuk di jadikan bantal.

Aiman membaringkan badannya. “Abang jangan lupa sebelum tidur baca surah Al-Mulk” pesan Syahirah. “baik sayang.” Terdiam Syahirah. Aiman senyum je. “lagi?” “er..abang jangan lupa baca doa tidur sebelum tidur..” Aiman menadah tangannya untuk membaca doa tidur. Ya Allah, rindunya hamba pada dia. Air mata Aiman mengalir. Dia baring mengiring ke kanan. Mata cuba di lelapkan. Tiba-tiba, mata Aiman terpandang seseorang. Sayang. Aiman bangun.

Dia menghampiri Syahirah yang senyum memandangnya dengan siap bertelekung. “sayang..” Aiman menggenggam tangan Syahirah. “jangan tinggal abang lagi.” Tangan itu di kucup. Syahirah hanya senyum dan menarik tangan Aiman agar mengikutinya. Lemah lutut Dato Rahimi dan isterinya sewaktu mendapat berita itu. Cepat mereka bergegas ke masjid yang di katakan pemanggil itu. “tu lah Dato. Malam tadi saya jumpa dia sebelum arwah meninggal.

Dia kata nak tidur masjid. Saya ya kan je lah. Tak tahu pula saya yang ajalnya dah makin tiba.” Sebak Dato Rahimi mendengar. “terkejut saya pagi tadi melihat dia tidur. Saya kejutkan dia untuk bangun Subuh tapi tak bergerak-gerak, tu saya suruh orang check nadi dia. Dia menemui Ilahi.” Mengalir air mata isteri Dato Rahimi. Ya Allah, semoga roh anak kandung dan menantunya di bawah rahmat-MU. Al-Fatihah.



Assalammualaikum – alhamdulillah tamat juga. Kadang-kadang dalam hidup ini tak semua benda kita boleh dapat. Apa yang kita rancang terkadang tak sama dengan apa yang kita akan dapat. Untuk kisah ini, bagi Aiman satu pengakhiran yang baik sebab dia sempat mendekati dirinya dengan ALLAH, dia juga dalam keadaan yang bersih. Bagi kita? wallahualam, hidup mati ini tak tentu bila tapi ingatlah. Ianya pasti. Permulaan hidup kita sangat indah di azan atau di iqamatkan. Ayat pertama yang kita dengar. Alangkah indahnya jikalau akhir hayat kita juga di akhiri dengan kalimah yang indah. Mari kita berusaha menjadi hamba yang baik. Ingat mati itu pasti syurga atau neraka yang menanti. wallahua'lam.