BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »
If we are not united. treat me like the wind that can not be seen, but can feel their presence

Popular Post

Saturday, August 20, 2011

10 malam terakhir Ramadan

Assalamualaikum W.B.T . Bersyukur kepada Allah kerana aku masih bernyawa untuk meneruskan entry - entry di bulan Ramadan ni . Tik Tok Tik tok..Sekarang sudah masuk hari yang ke 20 kita berpuasa . yakni 10 malam terakhir Ramadan.So macam mana dengan puasa korang setakat ni? full x?? ada yg xfull ?? ish2...jgn lupa ganti dan jangan bertangguh..terutamanya kaum Hawa . kalau yang Kaum Adam tak puasa . tak tahu la nak kata ape ? tapi kita taley tuduh . maybe kaum Adam menghidap sakit yang teruk. kita tak tahukan.


Sebelum memulakan entry serta hujah2 . mari kita semua hayati hadis dibawah :

Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”

Mengikut hadis diatas , Malam lailatul qadar akan jatuh pada malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadan.So..dalam 10 malam yang terakhir ni.Umat Islam hendaklah berlumba-lumba untuk mencari barakah malam lailatul qadar .Lebih - lebih lagi pada malam yang ganjil.

Apa yang aku tahu malam Lailatul Qadar ialah malam dimana malaikat turun ke ke langit dunia untuk mencari umat Islam yang melakukan amalan - amalan sunat seperti membaca Al - Quran , berzikir , berdoa ,solat sunat terawih kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan memberi keampunan bagi mereka yang mengidupkan malam tersebut.
Apa yang aku tahu mengenai malam Lailatul Qadar ni . Malam ni lebih baik daripada 1000 bulan . malam ni doa kita juga dimakbulkan. Malaikat akan turun ke langit dunia untuk mencari umat Islam yang ikhlas melakukan ibadat kerana Allah S.WT. sehingga terbit fajar dan semasa waktu terbit fajar , keadaan bumi sungguh hening dan tidak terlalu panas . dikatakan pada masa itu malaikat sedang naik ke langit.tuk pengetahuan , pada malam lailatul qadar . pokok2 akan sujud ke bumi menunjukkan tunduk hormat kepada kekuasaan Allah S.W.T. Serta sesiapa yang terpilih dan merasai malam Lailatul Qadar dia akan dapat melihat nur yang terang benderang d segenap tempat hingga di segala cerok yg gelap gelita.

Sesungguhnya kita sangat beruntung jika menjumpai malam Lailatul Qadar ni..kerana malam ni doa-doa akan dimakbulkan oleh Allah S.WT . Insya Allah jika kita beristiqamah dalam melakukan ibadat pada bulan ramadan. Nescaya kita akan menjumpainya.

Saya menyeru , agar umat Islam mencari malam yang penuh mulia ini kerana ia adalah malam yang hanya ada pada bulan Ramadan sahaja . Sesungguhnya kita akan rugi jika kita tidak mengambil peluang yang Allah beri pada malam ini kerana ia merupakan malam yang baik dan lebih baik daripada 1000 bulan . Sesungguhnya orang beriman akan menangis apabila ramadan sudah hampir melabuhkan tirainya.

p/s : raya- raya gak.. malam Lailatu Qadar jgn dilupakan

thankz sudi baca


Friday, August 12, 2011

Tiada yang indah selain berbuka dengan keluarga

Assalamualaikum ! sekarang berada di rumah . Baru berkesempatan untuk balik kg sebab minggu ni free..yahoo..dapat berbuka dengan family akhirnya . Berbuka di kg lagi best daripada berbuka kat U . Walaupun berbuka dengan kawan - kawan . tetapi tak leh challenge r berbuka ngn family. dah lah free. kat U sik2 beli kat bazar...pokai la kalo selalu macam ni .

So , memandangkan baru sampai kg dalam pukul 7.45 pm td. tak sempat nak berbuka dengan family . Berbuka dalam bas jeq la . tape sok hari masih ada lagi chance tuk berbuka ngan family . Insya Allah .

Badan pon rasa macam nak demam je ni . Hope tak teruk . Masih boleh gagah kan diri untuk berdiri .

Thanks sb sudi baca

Monday, August 8, 2011

Hari ke 8 puasa

Sahur area kul 5 : 15 am

Bagun pagi gosok gigi gne ubat gigi kodomo lion . Eksyen depan cermin dengan air liuk basi sambil wat muka cute . n then ....warggh da 8 ary puasa . yeah2 da nak raya . agak terover di ctu . Carik makanan yang disimpan .iaitu biskut . wah rangupnya . dilimpahi dengan krim . minum air glup2..dapat msj..arggh..tension...terus tido..solat ?? hah ingt ponteng kew , msti r solat.

pukul 9 . 30 am

mata tetibe celik...hmm da siang upenya . sebab de nur masuk sehingga terkene mata . silau2..arggh...tgok jam . dah kul 9.30 lebih . member sudah siap2 nk g kelas. terkedek2 g toilet mandi..mak ai...sejuknya..macam mandi air terjun...grr...grr...pakai bju . tgok cermin..k ncem cmfirm awek cair..

Pukul 10 .10 am

Tahap kemalasan yg melampau tuk naik tangga . naik lif . n then..terkurung dalam lif... adoiyai..
cne ni...nasib baik kat tingkt satu..tade la gabra..dengan kudrat yg ada..member buka pintu lif dengan penuh kesungguhan..terlepas juga daripada terkurung dengan cewek2..x bernafas i...masuk kelas..ada test..english test...( listening test ) suara x jelas.. so hentam sama dia,,,

Pukul 4 . 30 pm

perut sudah berbunyi,,..bau-bauan masakan dari bazar sudah menusuk ke idung..wahhh...dapnyer...meleleh air liuk..terbayangkan roti john , nasi ayam , kebab , air kelapa , abc , cendol...warghh...xtahan dah ni..sambil menaip entry ni kt blog

Pukul 7 .00 pm ( akan datang )

rasa time ni tgh beli makanan ..hehhe n then berbuka..

Pukul 9 .00 pm ( akan datang )

Agak time ne wat pe yek...hmm..pk2..hah msti lah tgh solat sunat terawih ye tak..hehe..sejuk ibu mengandung...

Pukul 10 and above.. ( akan datang )

Time ne msti tgh wat keje xpon ZzZzZzZ...hehhe...

k maceh sbb sudi baca



Emotional text

Pada pagi ramadan yang hening dan sunyi sepi serta embun yang membasahi bumi.Hanya bertemankan 2 keping biskut . Perasaan yang bergelora di hati . Dengan turun naiknya nafas serta bersabar dengan dugaan di bulan yang penuh keberkatan . Nescaya Allah S.W.T suka kepada orang yang bersabar .

Walaupun dikenakan dugaan yang menimpa2 kerana dik nafsu . Hati yang kental akan terus bersabar dengan karenah walaupun disebabkan dengan satu perkataan sahaja keadaan menjadi kacau bilau sehingga timbul nya perasaan negatif serta kata - kata yang melemahkan semangat . Tetapi aku tetap beruntung kerana hati ini akan sentiasa bersabar walaupun dalam diam . Hati ini menangis dengan tuduhan - tuduhan yang tidak bernas. Hati ni juga sudah berjanji bahawa tidak mahu bermain kata - kata. Cukuplah dengan perkataan yang selalu diucapkan .

Ya Allah , kau kuat kan lah semangat aku agar sentiasa gembira dalam hubungan sesama manusia . Aku seorang hamba yang lemah . Aku sudah cuba sedaya upaya . Sesungguhnya kau lah yang layak dipuji dan dicintai .