BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, November 5, 2010

sekadar renungan

Sebagai panduan dan renungan

bersama.

MENGENAI
WANITA & KUBUR

1.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang

yang
lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan

hal
tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa

orang
yang penyayang tidak akan sia-sia".

2.
Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka

beristighfarlah
para malaikat untuknya.Allah mencatatkan baginya setiap

hari
dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

3.
Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah

mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

4.
Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari

dosa-dosa
seperti keadaan ibunya melahirkannya.

5.
Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu

tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.

6.
Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang

sakit,
maka Allah memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba

dengan
ikhlas untuk membela agama Allah.

7.
Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama

orang
yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah dan orang yang

takutkan
Allah, akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

8.
Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah)

lalu
diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah.

Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka,

barangsiapa
yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan

anak
Nabi Ismail.

9.
Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah

memasukkan
dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000

tahun).

10.
Perempuan apabila sembahyang lima
waktu, puasa bulan

ramadhan,memelihara
kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia

dari
pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

11.
Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang

soleh.

12.
Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih

besar
haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula

berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".

13.
Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah

panggilan
ibumu dahulu.

14.
Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung

diudara,
malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar

baginya
selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang

dan
puasanya.

15.
Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup

pintu-pintu
neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari

mana-mana
pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

16.
Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17.
Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku

(Nabi
s.a.w) di dalam syurga.

18.
Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara

perempuan
atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap

ihsan
dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh

rasa
takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.

19.
Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada

anak-anak
perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka

akan
menjadi penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi, janganlah

sesekali
kita merasa lemah. Wanitalah sebenarnya yang membuat seseorang

lelaki
itu kuat. Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita

setaraf
pada lelaki dan tidak lebih rendah.

SATU
PERINGATAN!!

KUBUR
SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK LIMA

KALI;

1.
Aku rumah yang terpencil,

Maka
kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2.
Aku rumah yang gelap,

Maka
teranglah aku dengan selalu solat malam.

3.
Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,

Maka
bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4.
Aku rumah ular berbisa,

Maka
bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5.
Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,

Maka
banyaklah bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur

Rasulullah", supaya
kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima
Jenis Racun dan Lima Penawarnya;

1.
Dunia itu racun,

Zuhud
itu ubatnya.

2.
Harta itu racun,

Zakat
itu ubatnya.

3.
Perkataan yang sia-sia itu racun,

Zikir
itu ubatnya.

4.
Seluruh umur itu racun,

Taat
itu ubatnya.

5.
Seluruh tahun itu racun,

Ramadhan
itu ubatnya.

3 comments:

Al-Wardah said...

satu pringtn yg ckup bgus, prlu igt mengigt spya dpt muhasabah diri...
pasni blh ambl alih posisi..

dean said...

ambil alih posisi ape?huhuh

Al-Wardah said...

posisi sebagai Ad-Du'a bil kitabah...