Mesir dedah wajah firaun Tutankhamun LUXOR: Mesir semalam buat kali pertama mendedahkan wajar sebenar mumia muda, firaun Tutankhamun kepada tatapan umum sejak kematiannya akibat penyakit misteri, lebih 3,000 tahun lalu. Tutankhamun yang mati pada usia 19 tahun, adalah firaun ke-12 yang memerintah selama 10 tahun. Mumianya dialihkan dari makam asalnya pada 1922 kepada keranda khas yang dikawal suhunya bagi membolehkan proses awetan berterusan. "Wajah sebenar firaun ini amat menakjubkan," kata pakar antikuiti terkenal Mesir, Zahi Hawass sambil menarik kain balutan yang mendedahkan bentuk muka seperti mayat rentung. "Ia penuh misteri, kecantikan tersendiri dan bentuk giginya menyamai dengan anggota keluarganya yang lain. Usaha meletakkan dalam keranda ini membolehkan firaun ini terus kekal seadanya." Tutankhamun yang dilantik sebagai firaun pada usia sembilan tahun, menjadi perhatian dunia selepas makam dan hartanya ditemui rakyat Britain, Howard Carter. Topeng wajahnya diperbuat daripada emas seberat 11 kilogram yang turut disaluti batu permata. Mumia itu terpaksa dibentuk semula wajahnya selepas Carter bertindak memotongnya kepada 18 bahagian bagi mendapatkan barangan kemas lain, kata Mustafa Wazery, Pengarah kawasan dikenali Valley of the Kings. "Apa yang anda lihat adalah wajah yang tampan," katanya kepada wakil media. "Beliau adalah seorang budak lelaki yang menarik dengan senyuman menawan." Setiap hari, beratus-ratus pelawat melihat makannya di kawasan Valley of the Kings, di tebing barat Sungai Nil. Luxor ? bandar di selatan Mesir. Kehadiran pengunjung ini membawa bersama bakteria, kelembapan dan bahan pencemar lain. "Berikutan itu, mumia berkenaan mungkin menjadi debu akibat peningkatan tahap kelembapan," kata Hawass yang juga Pengerusi Majlis Antikuiti Mesir. ? AFP
Friday, January 7, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment