Adalah
seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan.
>Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu
>bunyi.. jeng!jeng!jeng!.. bunyi....aauuummmmm!!! Bunyi
harimau yg kelaparan
>dan hanya menunggu mangsanya saja.
>
>Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan
diri. Harimau tu kejar
>hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar
sangat ni. Harimau tu pun kejar, kejar,
>kejar dan kejar. Hamba
Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang.
>Sempat juga dia
berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau
>tadi.
>
>Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di
depan mata nya. Jadi
>untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni
pun terjunlah ke dalam perigi.
>Perigi tu ada tali dan sebuah
timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali
>tu. Tali tu pendek
jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi.
>
>Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun
>berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah
>agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner
nak selamat, tetiba
>dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.
>
>Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya.
Nak tahu ada apa kat
>bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan.
Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa
>tangga. lagilah takut si hamba
Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya.
>Semakin risau dan
takut.
>
>Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar,
tetiba keluar seekor tikus
>putih dari lubang celah-celah perigi,
naik ke atas ikut tali yg hamba Allah
>tu bergayut. Sampai kat
atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar
>punya tikus.
Alahhhh... cam ner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg
>berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai
kat
>atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu.
Macam mana aku
>nak buat ni... habislah jadi mangsa buaya .
>
>Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau.
Kalau tunggu tali
>putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya.
Macam mana nih... Sedang hamba
>Allah tu berfikir cam ner nak
selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu
>bunyi....
uuuuuuuuuuuuu... Bunyi lebah bawa madu.
>
>Si hamba
Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa
>madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si
hamba
>Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata.
Hamba Allah tu kata,
>"Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku
rasa manisnya ni. Sedapnya.
>Subhanallah sungguh sedap ni."
kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa
>pada harimau yg
sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya
>di
bawah.
>
>Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu
adalah kita semua. Harimau yg
>mengejar tu adalah maut kita, ajal
memang sentiasa mengejar kita, so
>beringat-ingatlah. 2 ekor
buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg
>menanti kita di
alam kubur nanti.
>Tali yg tempat di hamba bergayut tadi adalah
jangka hayat kita kalau pendek
>talinya maka panjanglah umur kita
dan kalau panjang talinya maka pendeklah
>umur kita.
>
>Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam
yang
>sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.
Madu... madu yg
>jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi
adalah nikmat dunia. Bayangkan
>setitik saja madu tu jatuh ke
dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan
>buaya tu. Macam
kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu
>susah
baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment