Subject: Hikmah wuduk
>
> Ini berupa doa2 ketika mengambil wuduk,mungkin anda semua sudah
> tahu.....
> Namun....Terimalah sebagai peringatan.....
>
> Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah,ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
> Penjelasan nombor 1 : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak
> berfaedah.
>
> 2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah,putihkanlahmuka ku di akhirat kelak,
> Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
> Penjelasan nombor 2 : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri.
>
> 3. Ketika membasuh tangan kanan, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah,berikanlah hisab-hisab ku ditangan kanan ku ini".
> Penjelasan nombor 3 : Ahli syurga diberikanhisab- hisabnya di tangan
> kanan.
> !
> 4. Ketika membasuh tangan kiri, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah,janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
> Penjelasan nombor 4 : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan
> kiri .
>
> 5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah,lindunganlah daku dari terik matahari di padangMasyar dengan
> Arasy Mu".
> Penjelasan nombor 5 : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal
> di atas kepala.
>
> 6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,
> "Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
> Hindarkanlah pendengaran ku dari perkara2 yang tak baik
>
> Penjelasan nombor 6 : Hari-hari mendengar orang mengumpat,memfitnah dll.
>
>
> 7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan.
> "Ya Allah,permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
> Penjelasan nombor 7 : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali.
>
>
> 8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,
> "Ya, Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau
> dan bukan tempat-tempat maksiat"
> Penjelasan nombor 8 : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah.
>
> Ramai di antara kita yang tidak sedar akan hakikat bahawa setiap yang
> dituntut dalam Islam mempunyai hikmah yang tersendiri.
>
> Pernah kita terfikir mengapa kita mengambil wuduk sedemikian rupa?
>
> Pernah kita terfikir segala hikmah yang kita perolehi dalam menghayati
> Islam?
>
> Pernah kita terfikir mengapa Allah lahirkan kita sebagai umat Islam?
> Bersyukurlah dan bertaubat selalu.
>
Thursday, January 6, 2011
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment