Sebelum memulakan entry serta hujah2 . mari kita semua hayati hadis dibawah :
Daripada Aisyah r.a. Sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “ Berusahalah untuk mencari Lailatul Qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadhan.”
Mengikut hadis diatas , Malam lailatul qadar akan jatuh pada malam yang ganjil dari sepuluh malam yang terakhir di bulan Ramadan.So..dalam 10 malam yang terakhir ni.Umat Islam hendaklah berlumba-lumba untuk mencari barakah malam lailatul qadar .Lebih - lebih lagi pada malam yang ganjil.
Apa yang aku tahu malam Lailatul Qadar ialah malam dimana malaikat turun ke ke langit dunia untuk mencari umat Islam yang melakukan amalan - amalan sunat seperti membaca Al - Quran , berzikir , berdoa ,solat sunat terawih kerana sesungguhnya Allah S.W.T akan memberi keampunan bagi mereka yang mengidupkan malam tersebut.
Apa yang aku tahu mengenai malam Lailatul Qadar ni . Malam ni lebih baik daripada 1000 bulan . malam ni doa kita juga dimakbulkan. Malaikat akan turun ke langit dunia untuk mencari umat Islam yang ikhlas melakukan ibadat kerana Allah S.WT. sehingga terbit fajar dan semasa waktu terbit fajar , keadaan bumi sungguh hening dan tidak terlalu panas . dikatakan pada masa itu malaikat sedang naik ke langit.tuk pengetahuan , pada malam lailatul qadar . pokok2 akan sujud ke bumi menunjukkan tunduk hormat kepada kekuasaan Allah S.W.T. Serta sesiapa yang terpilih dan merasai malam Lailatul Qadar dia akan dapat melihat nur yang terang benderang d segenap tempat hingga di segala cerok yg gelap gelita.
Sesungguhnya kita sangat beruntung jika menjumpai malam Lailatul Qadar ni..kerana malam ni doa-doa akan dimakbulkan oleh Allah S.WT . Insya Allah jika kita beristiqamah dalam melakukan ibadat pada bulan ramadan. Nescaya kita akan menjumpainya.
Saya menyeru , agar umat Islam mencari malam yang penuh mulia ini kerana ia adalah malam yang hanya ada pada bulan Ramadan sahaja . Sesungguhnya kita akan rugi jika kita tidak mengambil peluang yang Allah beri pada malam ini kerana ia merupakan malam yang baik dan lebih baik daripada 1000 bulan . Sesungguhnya orang beriman akan menangis apabila ramadan sudah hampir melabuhkan tirainya.
p/s : raya- raya gak.. malam Lailatu Qadar jgn dilupakan
thankz sudi baca
No comments:
Post a Comment